Pada tanggal 26 Oktober 2021, Sukmawati Sukarnoputri telah memilih untuk ‘murtad’ meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Hindu. Upacara penukaran agama itu telah dilangsungkan di Pusat Warisan Sukarno Bale Agung yang terletak di Kepualauan Bali.
Keputusannya untuk memeluk agama Hindu menurutnya adalah untuk kembali kepada agama leluhur milik neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai. Walaupun pertukaran agama ini menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan penduduk Indonesia yang majoritinya beragama Islam, namun upacara yang dilakukannya lancar tanpa sebarang masalah.
Siapa sebenarnya puteri kepada bekas presiden pertama Indonesia ini? Remaja menyenaraikan lima fakta tentangnya.
Ads
Anak Keempat Sukarno
Dilahirkan dengan nama penuh Diah Mutiara Sukamwati Sukarnoputri, dia merupakan anak keempat Sukarno hasil pernikahannya dengan isteri kedua, Fatmawati.
Pernah Menjadi Ahli Politik
Mengikut jejak langkah ayah dan juga kakaknya dalam bidang politik, pada tahun 1998 dia telah menghidupkan kembali Partai Nasional Indonesia setelah kejatuhan Suharto yang terlebih dahulu telah menjatuhkan ayahnya sebagai Presiden Indonesia.
Ads
Pernah Berkahwin Kerabat Diraja
Dia pernah berkahwin dengan Mangkunegara IX yang merupakan ahli kerabat diraja Magkunegaran yang terletak di Jawa. Menerusi perkahwinan yang bertahan hanya 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Ads
Proses Tukar Agama Ditemai Anak
Ketika menjalani proses penukaran agama di Bali. Sukmawati turut ditemani oleh anak yang bernama Muhammad Putra Al-Hadad. Putra Al-Hadad merupakan anak dari perkahwinan keduanya.
Kontroversi Puisi
Pada tahun 2018, Sukmawati mengejutkan Indonesia menerusi sebuah puisi ‘Ibu Indonesia’. Dalam puisi tersebut dia seolah-olah menghina hijab dan azan apabila dia membandingkan bahawa sari konde (sanggul wanita jawa) lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan hijab dan membandingkan suara kidung ibu Indonesia lebih merdu dari alunan azan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perlawanan akhir di antara Real Madrid dan Liverpool semalam merupakan salah satu perlawanan paling epik yang pernah disaksikan dan Twitter, setuju.
Bukan sahaja peminat sukan bola sepak seluruh dunia yang memastikan pendapat dan komen mereka didengari, malah kelab antarabangsa dan bekas pemain bola sepak terkenal juga tak ketinggalan memberikan respon kepada perlawanan di Kiev Ukraine tersebut.
Tahniah Kepada Real Madrid
“Sebagai jurulatih, Zinedine Zidane telah berjaya dalam saingan Liga Juara-Juara. 3 kali berturut-turut.. Crazy, just crazy.
“Satu lagi malam bersejarah. Tahniah Madrid!”
Gareth Bale Terbaik!
Dalam masa yang sama…
Respon Kepada Kesilapan Loris Karius
“Hanya yang kuat saja akan memikul tanggungjawab, dan mereka yang tidak pernah berada di posisi (Loris Karius) akan selalu menjauhkan diri daripada mengakui kesalahan mereka kerana mereka tidak memahami apa perasaan berada di padang. Many super brave wishes Loris.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada tumbuh di muka. Ia akan memberi kesan dan mengganggu penampilan korang. Nak tak nak, masalah jerawat di badan ini harus diatasi segera.
Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh kita sendiri.
Jadi, jom amalkan 14 cara ini untuk menghilangkan jerawat di badan dengan cara yang paling mudah.
1. Banyakkan minum air
.
Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat muncul adalah kerana kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengambil minuman air putih yang konsisten akan membuatkan darah menjadi bersih dan kotoran dalam darah akan terbuang dan disingkirkan.
2. Rajin mandi
.
Debu dan kotoran yang lekat pada kulit akan membuatkan liang pori tersumbat lalu mengakibatkan jerawat. Oleh itu, rajinkan diri mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekal kebersihan dan kesegaran kulit.
3. Jangan gosok kuat-kuat
Sewaktu mandi, cuba elakkan diri daripada menggosok terlalu kuat dan kerap menggunakan sabun antiseptik kerana bimbang ia akan mengakibatkan kulit keradangan dan lebih mudah berjerawat.
4. Ubat-ubatan
.
Gunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, jangan beli ubat sembarangan takut masalah akan bertambah buruk. Elakkan penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 kerana ia menggalakkan penumbuhan jerawat.
5. Jangan malas ganti baju
Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian kamu. Penggunaan kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
6. Elak Baju Ketat Dan Berlapis
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
7. Jaga pemakanan
Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berminyak dan tidak berkhasiat untuk tubuh.
8. Air sirih
Sirih mengandungi antiseptik yang semula jadi dapat membantu menyembuhkan infeksi pada kulit serta mengurangkan masalah jerawat. Oleh itu, cuba mandi dengan rebusan air sirih sekurang-kurangnya sehari sekali.
9. Kulit kayu manis
Cara mengaplikasikannya senang saja, hiris kayu manis sehingga halus kemudian campurkan sedikit air perahan limau. Kemudian usap kan terus di bahagian yang bermasalah lalu biarkan ia selama 30 minit. Akhir sekali bilas bahagian berlumuran dengan air bersih.
10. Kawal emosi dan stres
Sesetengah dari jerawat timbul daripada ketegangan dan stres emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin daripada penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecaman bertalu-talu diberikan oleh netizen di media sosial berhubung isu – depresi – tekanan – gimik single – mempergunakan 3 penyanyi perempuan – kenyataan tak matang – yang melibatkan Haqiem Rusli. Sepanjang minggu ini, semua orang kecoh dengan isu tersebut. Suka atau tidak, penyanyi remaja tersebut perlu berdepan dengan media untuk meleraikan semua kontroversi ini.
“Saya akui pemahaman saya terhadap depresi adalah salah. Saya cuma tidak stabil berat badan, tak cukup tidur dan tertekan dengan kecaman di media sosial. Itu adalah salah saya. Saya rendahkan ego untuk memohon maaf kepada media dan semua yang terkesan dengan isu ini. InsyaAllah saya berjanji selepas ini untuk tidak mengeluarkan kenyataan sebelum berfikir. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia boleh memberikan saya peluang kedua.
“Saya redha jika ada yang tak boleh terima saya lagi, saya anggap itu sudah tertulis kerana saya tak merancang semua ini. Saya anggap ini sebagai ujian dan balasan Tuhan untuk menjadikan saya seorang insan yang lebih baik. Minta doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya yang sudah buat tempahan bersama pakar di Kuala Lumpur bagi membincangkan masalah psikologi ini.
Turut berada di sidang media semalam ialah penyanyi Ernie Zakri dan Wany Hasrita.
Ernie yang berada di sana dari awal sehingga tamat juga menjelaskan pendirian dirinya yang nyata kecewa dengan situasi ini sehingga dia memuat naik posting di Instagram yang mendapat ribuan komen peminat, Selasa lepas.
“Jika sekarang dia sudah mengakui mengalami mild depression, jumpa sahaja dengan doktor. Lets cure that simptom.
“Jangan sewenang-wenangnya melakukan public statement kerana simptom ini bukannya isu yang boleh dibawa main. Kami concern dengannya, kami juga menyokongnya dari belakang. Cuma apabila kami semua menyertai program (Facebook Live bersama Hot FM) dan dia katakan dia keliru dengan perkataan tersebut – dia cuma merasakan tertekan.
“Semua orang tahu kebanyakan kes depresi berakhir dengan kematian dan kita tak mahu ia terjadi kepada Haqiem Rusli. Jadi apabila dia kata hanya tertekan, saya dan ramai lagi merasa keliru.
“Saya juga kesal sekali kerana selepas itu, dia terus menyanyikan single baru (Selamat Tinggal Sayang) dan memuat naik teaser rasmi klip videonya sekali.
“Saya tidak kisah untuk menyokong single baru tetapi untuk menyokong perancangan ‘gimik’ seperti ini, tidak untuk saya walaupun dia mengakui dia tidak merancang semua ini. Dia ialah Haqiem Rusmi, tak perlu ada gimik,” terang Ernie kepada rakan media.
Ernie Zakri dilihat telah memadamkan posting luahan rasa itu semalam kerana enggan memanjangkan isu ini.
* * * * *
Menurut wakil dari syarikat recording, FMC pula, ini bukanlah kali pertama Haqiem menyatakan hasrat untuk berhenti di media sosial. Kali pertama ia berlaku, FMC bertanyakan kenapa penyanyi berusia 20 tahun itu berbuat sedemikian dan Haqiem terus memadam posting tersebut.
Kali kedua, perkara yang sama terjadi. Bila ditanya, Haqiem tidak memberikan sebab mengapa rasa ingin berhenti. Pihak mereka beranggapan mungkin ini adalah kesan usia remaja Haqiem yang mungkin agak rebellious dan tidak berfikir panjang.
“Kali ketiga ini, kebetulan kami ingin lancarkan single Selamat Tinggal Sayang dan kita sudah warn untuk tidak lakukan perkara ini. Tetapi bila dia nyatakan hendak juga luahkan rasa seperti sebelum ini, saya berkata okay – tapi jangan kata kami tak warn. Kadangkala kalau kita tegur remaja seperti Haqiem, mereka akan terus melenting and that is normal. Jadi kita biarkan saja dia dan tunggulah akibatnya.
“Sekarang dia sendiri dapat lihat akibat kenyataannya tanpa berfikir panjang itu. Kami harapkan agar semua pihak tidak terus mengecam dan memberikan tekanan kepada Haqiem kerana jika ia terus berlarutan, isu ini tak akan selesai,” kata wakil dari FMC.
* * * * *
Walaupun Haqiem Rusli mengaku tidak merancang gimik ini, tinjauan pada klip video Selamat Tinggal Sayang di YouTube sudahpun trending di tangga kedua dengan 616,000 tontonan setakat ini, dengan 36,000 likes namun juga memperoleh 11,000 dislikes.
Seperti yang disebut oleh Wany Hasrita semalam, REMAJA juga hanya harapkan semua pihak dapat mengambil pengajaran daripada semua ini. Yang sudah tu, sudahlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...