Pada tanggal 26 Oktober 2021, Sukmawati Sukarnoputri telah memilih untuk ‘murtad’ meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Hindu. Upacara penukaran agama itu telah dilangsungkan di Pusat Warisan Sukarno Bale Agung yang terletak di Kepualauan Bali.
Keputusannya untuk memeluk agama Hindu menurutnya adalah untuk kembali kepada agama leluhur milik neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai. Walaupun pertukaran agama ini menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan penduduk Indonesia yang majoritinya beragama Islam, namun upacara yang dilakukannya lancar tanpa sebarang masalah.
Siapa sebenarnya puteri kepada bekas presiden pertama Indonesia ini? Remaja menyenaraikan lima fakta tentangnya.
Dilahirkan dengan nama penuh Diah Mutiara Sukamwati Sukarnoputri, dia merupakan anak keempat Sukarno hasil pernikahannya dengan isteri kedua, Fatmawati.
Mengikut jejak langkah ayah dan juga kakaknya dalam bidang politik, pada tahun 1998 dia telah menghidupkan kembali Partai Nasional Indonesia setelah kejatuhan Suharto yang terlebih dahulu telah menjatuhkan ayahnya sebagai Presiden Indonesia.
Dia pernah berkahwin dengan Mangkunegara IX yang merupakan ahli kerabat diraja Magkunegaran yang terletak di Jawa. Menerusi perkahwinan yang bertahan hanya 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Ketika menjalani proses penukaran agama di Bali. Sukmawati turut ditemani oleh anak yang bernama Muhammad Putra Al-Hadad. Putra Al-Hadad merupakan anak dari perkahwinan keduanya.
Pada tahun 2018, Sukmawati mengejutkan Indonesia menerusi sebuah puisi ‘Ibu Indonesia’. Dalam puisi tersebut dia seolah-olah menghina hijab dan azan apabila dia membandingkan bahawa sari konde (sanggul wanita jawa) lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan hijab dan membandingkan suara kidung ibu Indonesia lebih merdu dari alunan azan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.