Momo Challenge mula dapat perhatian meluas sejak kebelakangan ni. Pihak berkuasa seluruh dunia telah pun mengeluarkan amaran kepada ibu bapa kerana cabaran ini dikatakan mengalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Adakah korang tahu apa sebenarnya yang dikatakan Momo Challenge ni?
Berikut 5 fakta tentang isu viral ini.
Karakter Momo merupakan hasil karya seniman Jepun. Namun begitu, seniman yang menghasilkan karya ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Momo Challenge
yang dikatakan mengancam masyarakat.Pihak polis masih menyiasat siapa dalang disebalik kejadian ini. Permainan di mulai dengan menambahkan nombor Whatsapp Momo dan kemudiannya akan memberi cabaran demi cabaran untuk dilakukan.
Nombor Whatsapp Momo didapati berasal dari Columbia, Jepun dan Mexico.
Pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak berinteraksi dengan akaun-akaun yang menggunakan foto Momo, terutamanya dari tempat challenge ini berasal.
Ibu bapa juga digesa untuk mengawasi anak-anak yang menggunakan media sosial kerana Momo Challenge ni memang aim pada remaja belasan tahun.
Berdasarkan akaun twitter @siemensi1, Momo Challenge menggunakan nombor dengan kod +57, +81 dan +52.
Momo akan membalas dalam Bahasa Sepanyol dan menghantar gambar-gambar aneh. Setiap hari, Momo akan mencabar dan akhirnya berterusan hingga pujukan untuk bunuh diri.
Menurut Buenos Aires Times, Momo Challenge didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.
Mengsa ditemui gantung diri di pohon halaman belakang rumah dan dikatakan sebelum membunuh diri, dia telah merakam aksi tersebut menggunakan smartphone.
Fuhh, risau juga dengar pasal Momo Challenge ni. Semoga kejadian ini tidak menular di Malaysia pula. Hati-hati gaiss!
Sumber: Tribun Style