Sejak kebelakangan ini, isu kesihatan mental sering diperkatakan kerana ramai individu terutamanya golongan muda yang berdepan dengan masalah ini.
Menurut Myhealth, erdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.
Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
Untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat, terdapat beberapa filem yang mengupas tentang isu kesihatan mental. Jom kita lihat antara filem yang menarik untuk ditonton.
To The Bone
Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mengalami anoreksia, iaitu gangguan mental di mana seseorang akan berhenti makan akibat takut gemuk sehingga satu tahap ia akan cuba untuk memuntahkan semula setiap makanan yang dimakan.
Ads
Keadaan Ellen semakin hari semakin merisaukan apabila badannya semakin kurus kehilangan selera makan membuatkan setiap makanannya tidak habis. Hampir setiap hari Ellen akan mengukur lilitan tangannya sendiri.
Silver Linings Playbook
Setelah menghabiskan masa di hospital kesihatan mental, Pat terpaksa berpindah dan tinggal bersama orang tuanya untuk sementara waktu. Gangguan bipolar telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan pekerjaannya. Dia bertekad untuk mendapatkan isterinya kembali dan bertemu dengan Tifanny yang juga seorang janda.
Word on Bathrooms Walls
Filem ini mengisahkan tentang Adam yang menderita skizofrenia. Adam tinggal bersama ibunya dan untuk kembali normal, dia terpaksa mengambil banyak ubat-ubatan. Selain mengambil ubat, Adam juga perlu kerap berunding dengan pakar psikiatri.
Ads
A Beautiful Mind
Kisah benar mengenai kehidupan John Forbes Nash, Jr. seorang ahli matematik yang menghidap skizofrenia. Filem ini menyingkap cabaran yang dihadapinya termasuklah paranoia dan khayalan yang akhirnya mengubah kerjaya dan kehidupannya.
The Skeleton Twins
Di permulaan cerita memaparkan dua watak utama, Milo dan Maggie yang cuba membunuh diri. Hal itu menyebabkan dia dibawa ke hospital dan akhirnya bertemu kembali dengan abang serta kakaknya setelah 10 tahun berpisah.
Isu kesihatan mental tidak seharusnya dipandang ringan oleh masyarakat. Sekiranya korang mengenali individu yang mengalami masalah seperti ini, bantulah mereka seadanya dan setidaknya cuba untuk memahami situasi mereka.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai remaja yang memilih untuk terus menyewa rumah, walaupun sudah bertahun-tahun bekerja dan nak exit usia remaja pun..
Bukannya tak nak beli rumah sendiri. Tetapi dengan keadaan pasaran sekarang, lebih 50 peratus remaja yang bekerja di bandar-bandar besar sekitar Lembah Klang dan ibu negeri lain seperti di Georgetown dan Johor Bahru tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik semasa, ramai memilih untuk menyimpan wang terlebih dahulu.
Jadi, bilakah usia terbaik untuk kita membeli rumah?
Seeloknya, ramai pakar mencadangkan kita mencari rumah sendiri bermula usia 26 tahun. Ini kerana korang akan lebih mudah menerima pinjaman dengan jangka masa pembayaran ansuran yang lebih panjang sebelum usia bersara.
Tapi selebriti seorang ini sudah membuktikan, pada usia 25 tahun pun dia mampu untuk membeli rumah sendiri dengan usaha dan kudrat sendiri!
Sekitar Mac 2018, Daiyan Trisha telah berkongsi pengalaman mengambil kunci rumah dan menceritakan impian mutlaknya adalah membeli aset kediaman.
Tidak mudah untuk pelakon Projek Anchor SPM ini mencari rumah kerana dia mementingkan kriteria seperti lokasi dan pelan asal (layout) rumah tersebut.
”Rumah ini istimewa kerana ia ada semua kriteria yang saya inginkan. Selepas 2 tahun mencari, dan bila mendapat tahu saya boleh memiliki kunci pada tahun 2019, saya tahu ini adalah jackpot!
”Sukar untuk saya gambarkan perasaan memegang kunci untuk kali pertama. Saya doakan korang akan berjaya mencapai impian seperti saya,” katanya dalam tweet yang dimuat naik.
Daiyan faham bukan mudah bagi anak muda sepertinya berpeluang membeli rumah kecuali jika berusaha lebih masa dan terus-menerus bekerja. Iyalah, kalau nak harapkan duit gaji zaman sekarang hhm, sampai ke sudah tak merasa.
”Nasihat saya, jangan rush. Saya invest banyak masa saya berulang-alik selama 2 tahun melihat rumah. Ini kerana mencari aset yang berbaloi untuk jangka masa yang panjang bukanlah tugas yang mudah.”
Peminatnya pun bersetuju apabila rata-rata menjadikan perkongsian Daiyan ini sebagai inspirasi untuk mereka mendapatkan rumah idaman sebelum mencecah usia 30-an.
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
Perkara ini telah diulas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid kepada Astro Awani dengan mencadangkan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 menggunakan apa sahaja yang ada terlebih dahulu bagi memastikan survival dalam berhadapan dengan situasi ini.
Azharee Wahid menegaskan bahawa korang boleh guna cara offline, modal kecil, ambil saja barang yang penting, yang digunakan seharian seperti makanan atau minuman yang disediakan sendiri di rumah. Ambil perkara yang mudah terlebih dahulu tanpa menggunakan modal yang besar.
Cara kedua, pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship atau ejen. Semua sistem ini sudah ada. Walaupun mungkin memerlukan modal sedikit, tapi ia tidak sebanyak (yang diperlukan jika) membuka kedai dan sebagainya.
Ketiga, korang boleh buat secara online. Jual apa sahaja barang yang ada di sekeliling kita, contohnya baju raya, barang dapur yang tidak dipakai, jual sahaja. Akan ada orang yang beli kerana walaupun kita menganggap barangan tersebut mungkin tidak bernilai, tapi mungkin tidak pada orang lain.
Paling penting, jangan takut untuk mengubah kehidupan korang kerana ini mungkin titik permulaan untuk korang mendapat kehidupan yang lebih baik. Siapa tahu, dengan meniaga sendiri boleh jadikan korang sebagai seorang usahawan berjaya satu hari nanti?
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.
Filem ketiga daripada siri Jurassic World, Jurassic World: Dominion telah pun menemui penonton di pawagam bermula hari ini. Bagi peminat siri dinosaur, sudah tentu mereka sudah tidak sabar dan teruja untuk menantikan filem terakhir daripada franchise Jurassic ini.
Jurassic World: Dominion mengisahkan kesinambungan daripada filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang mana manusia dan dinosaur hidup bersama. Konfliknya berlaku apabila pewaris Jurassic Park, Maisie Lockwood mula diburu oleh syarikat Biosyn Genetics kerana genetiknya yang dikatakan mampu membantu syarikat mereka bersaing dengan pesaingnya.
Antara konflik lain yang berlaku apabila berlakunya serangan belalang juta (locust) yang memusnahkan tanaman sumber makanan dan mengancam bekalan makanan di seluruh dunia. Ha, pelik sedikit kali ini bila mana kisah belalang juta turut menjadi antara keutamaan dalam filem Jurassic yang terbaharu ini.
Siri ini juga mendapat kritikan daripada peminat filem kerana menyifatkan pengisian dan jalan ceritanya yang lemah dan tidak menarik. Sepertinya ada yang tidak kena dengan siri kali ini tetapi bagi kami, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam.
Bagi yang tidak mengikuti siri Jurassic ini juga korang tidak perlu risau kerana di permulaan cerita banyak menerangkan apa yang berlaku terhadap spesies dinosaur bagi memberi gambaran jelas buat penonton, khususnya mereka yang tidak pernah mengikuti filem ini. Jalan cerita yang mudah difahami juga membuatkan penonton tidak mudah keliru.
Penampilan barisan pelakon dari trilogi filem asal Jurassic Park seperti Sam Neill (sebagai Alan Grant), Laura Dern (sebagai Dr. Ellie Sattler) dan Jeff Goldblum (sebagai Dr. Ian Malcom) juga menjadi tarikan buat peminat siri Jurassic untuk menonton filem ini.
Apa yang boleh kami katakan secara keseluruhan, Jurassic World: Dominion masih lagi menghiburkan lebih-lebih lagi untuk tontonan kanak-kanak semasa cuti sekolah. Sebelum mula sesi persekolahan minggu hadapan, bolehlah bawa adik-adik korang ke pawagam menonton filem ini. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...