Sejak kebelakangan ini, isu kesihatan mental sering diperkatakan kerana ramai individu terutamanya golongan muda yang berdepan dengan masalah ini.
Menurut Myhealth, erdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.
Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
Untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat, terdapat beberapa filem yang mengupas tentang isu kesihatan mental. Jom kita lihat antara filem yang menarik untuk ditonton.
Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mengalami anoreksia, iaitu gangguan mental di mana seseorang akan berhenti makan akibat takut gemuk sehingga satu tahap ia akan cuba untuk memuntahkan semula setiap makanan yang dimakan.
Keadaan Ellen semakin hari semakin merisaukan apabila badannya semakin kurus kehilangan selera makan membuatkan setiap makanannya tidak habis. Hampir setiap hari Ellen akan mengukur lilitan tangannya sendiri.
Setelah menghabiskan masa di hospital kesihatan mental, Pat terpaksa berpindah dan tinggal bersama orang tuanya untuk sementara waktu. Gangguan bipolar telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan pekerjaannya. Dia bertekad untuk mendapatkan isterinya kembali dan bertemu dengan Tifanny yang juga seorang janda.
Filem ini mengisahkan tentang Adam yang menderita skizofrenia. Adam tinggal bersama ibunya dan untuk kembali normal, dia terpaksa mengambil banyak ubat-ubatan. Selain mengambil ubat, Adam juga perlu kerap berunding dengan pakar psikiatri.
Kisah benar mengenai kehidupan John Forbes Nash, Jr. seorang ahli matematik yang menghidap skizofrenia. Filem ini menyingkap cabaran yang dihadapinya termasuklah paranoia dan khayalan yang akhirnya mengubah kerjaya dan kehidupannya.
Di permulaan cerita memaparkan dua watak utama, Milo dan Maggie yang cuba membunuh diri. Hal itu menyebabkan dia dibawa ke hospital dan akhirnya bertemu kembali dengan abang serta kakaknya setelah 10 tahun berpisah.
Isu kesihatan mental tidak seharusnya dipandang ringan oleh masyarakat. Sekiranya korang mengenali individu yang mengalami masalah seperti ini, bantulah mereka seadanya dan setidaknya cuba untuk memahami situasi mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.