5 Gelongsor Water Theme Park Paling ‘Gila’ Di Dunia, Ada Berani?

Share

Dah nama pun anak muda, mesti korang suka nak try aktiviti-aktiviti mencabar, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan taman tema. Betul tak?

Bagi korang yang gemar mencuba slides di water theme park, pasti teringin nak try gelongsor air yang lebih mencabar. Kalau di Malaysia rasanya masih di tahap ‘biasa-biasa’ saja. So, kalau nak mencabar sikit apa kata korang boleh try

gelongsor air yang ada di water theme park luar negara.

Nak tahu negara mana yang mempunyai slides air paling ‘gila’ di dunia? Jom lihat antara tempat yang kami senaraikan ini.

1. Jumeirah Sceirah

Dengan ketinggian 33 meter dan kelajuan 80km/jam, Jumeirah Sceirah merupakan gelongsor free-fall water tercepat dan tertinggi di United States. Taman tema ini juga merupakan antara 10 tarikan terbesar di Dubai.

2. The Leap of Faith Waterslide

Merupakan gelongsor paling hebat di Aquaventure Water Park, Atlantis The Palm, Dubai. Mempunyai ketinggian 60 kaki dari udara dan akan membawa korang melalui kolam yang dipenuhi dengan ikan jerung. Kawasan Aquaventure berkeluasan sekitar 17 hektar, serta terdapat pantai yang indah seluas 700 meter.

3. Insano Beach Park, Brazil

Berketinggian 41 meter iaitu lebih kurang seperti berada di tingkat 14, korang bayangkanlah macam mana tinggi gelongsor air ini. Kelajuannya sekitar 65 mph dan hanya mengambil masa kira-kira 4 ke 5 saat untuk sampai ke bawah.

4. Disney’s Blizzard Beach Water Park

Gelongsor terlaju dan terpanjang di Walt Disney World dan mempunyai ketinggian sekitar 36 meter.

5. World Waterpark

Gelongsor yang berada di dalam pusat membeli-belah dengan keluasan lebih dari 12 hektar. World Waterpark ini terletak di Kanada dan antaranya indoor waterpark terbesar di dunia.

Nampak semua macam best je, hmm tapi korang berani tak? Hiks!

Published by
Noor Ain Norman