Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pemilik salun warga Malaysia dan pasangannya telah berpisah selepas dua minggu berkahwin.
Pemilik salon yang mempunyai seramai 167,000 pengikut di TikTok, Danny, berkahwin dengan Nur Azera Fatehah Abdullah berusia 22 tahun pada 15 Julai lalu di Layang-Layang, Johor, menurut laporan Berita Harian.
Menurut sumber, netizen mula menyedari pasangan itu telah bercerai selepas Danny memuat naik foto dan video dirinya bersama Azera, dengan kapsyen berbunyi,“I’m over it”, diikuti dengan emoji sedih.
Ads
Hubungan mereka mula mendapat perhatian ramai apabila kedua-duanya mengumumkan rancangan mereka untuk berkahwin bulan lalu, walaupun baru mengenali antara satu sama lain selama lima hari.
Mengesahkan penceraian kepada Harian Metro, Danny berkata mereka berpisah secara rasmi pada 30 Julai lalu menerusi lafaz cerai di aplikasi WhatsApp.
“Saya tidak boleh berkongsi punca perpisahan secara terperinci, tetapi apa yang boleh saya katakan ia berlaku kerana silap kami sendiri,
Ads
“Saya membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.
“Keluarga saya memang mengambil berat terutama ibu saya. Saya tidak menjawab panggilan telefonnya sehingga hari ini (5 Ogos) kerana belum bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun dia sedih dengan perkahwinan yang singkat itu, dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman bergelar suami.
Ads
“Dalam tempoh dua minggu berkahwin, saya dapat merasai pengalaman bergelar suami, belajar erti kasih sayang terhadap seorang wanita, dan merasai kemeriahan hidup berkeluarga yang sentiasa saya idamkan, walaupun hanya sementara,” kata lelaki tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdahulu pada minggu ini, beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang telah mengalami masalah bekalan air sebelum ia kembali pulih dalam tempoh kurang dari 24 jam.
Penduduk di Lembah Klang kemudian diuji dengan cuaca hujan berterusan yang menyebabkan banjir kilat. Ia secara tidak langsung memaksa ribuan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sejak malam kelmarin dan jumlah tersebut dilaporkan meningkat hingga ke hari ini.
Belum pun reda isu banjir di Lembah Klang, penduduk di sini malangnya terpaksa berdepan satu isu lain dan kali ini ia sekali lagi mengenai bekalan air.
Menurut kenyataan pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada hari ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langatkini sedang beroperasi pada pengeluaran separa kira-kira pada tahap 40 peratus sahaja daripada pengeluaran harian. Ini berikutan paras sungai yang meningkat dalam masa dua hari ini lalu mengakibatkan insiden banjir.
LRA Cheras Batu 11pula terpaksa dihenti tugas disebabkan banjir manakala di LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan. Itulah punca ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2.
Buat masa ini, Air Selangor masih belum dapat memastikan bilakah operasi akan pulih semula.
Isu bekalan air ini bertambah runcing kerana kebanyakan jalan utama kini masih ditutup kerana situasi banjir yang masih bertakung. Lalu, Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna di kawasan terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Berikut merupakan di antaa kawasan yang terjejas akibat isu bekalan air ini:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai berasakan ketika haid, tidak dapat membaca apa-apa ayat suci al-Quran termasuk menyentuh kitab suci ini.
Namun alangkah ruginya di saat datang haid itu, kita tidak berbuat sesuatu kerana dengan hanya membaca satu doa ini sahaja, banyak kebaikan kita peroleh termasuk melalui titian silaturmustaqim dengan mudah di hari akhirat kelak.
Baca perkongsian dari Ustaz Mohd Sharhan Shafie mengenai kelebihan membaca doa ini di hari pertama haid.
Buat kaum Hawa dibaca, janganlah di abaikan.
Mungkin Perempuan menganggap kalau kedatangan haid tidak perlu untuk berdoa. Justru sebaliknya, kalau perempuan kedatangan haid dihari pertama lebih baik berdoa. Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas.
Kaum muslimah tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan biasa-biasa saja, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan baik yang lain seperti membaca doa waktu kedatangan Haid.
Di bawah ini doa untuk perempuan yang kedatangan haid dihari pertama:
Bismillahirrahmanirrahim "Alhamdulillahi'alakullihalinwa 'astaghfirullahamindzanbi" Maksudnya .. Segala Puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon keampunan Kepada-Mu, Ya Allah dari kesemua dosaku.
Jika perempuan kedatangan haid hari pertama dan dia berdoa, seperti doa di atas maka:
1 – Dimudahkan jalan keluar haidnya. 2 – Mendapat pahala beribadah sepanjang haid. 3 – Meraih pahala 40 orang Syahid. 4 – Selamat dari azab neraka. 5 – Dimudahkan melalui jambatan sirathul Mustaqim.
Dari Saiyyidatina Aishah r.a meriwayatkan:
"Tidak ada seorang perempuan pun yg kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa diatas pada hari yang pertama, maka Allah SWT akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas jambatan Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan derajatnya oleh Allah SWT baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah SWT di dalam masa haidnya." – Kitab Durratun Nasihin Fil Wa'zi Wal Israr – Selamat Beramal
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Jika sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pelajar akan menduduki kertas peperiksaan bermula 16 November hingga 7 Disember 2020 akan datang, semalam pihak KPM telah membuat penjadualan semula bagi peperiksaan tersebut. Selain SPM, SMV, STPM dan lain-lain juga dianjak ke tahun 2021.
Yeay, ini berita baik untuk korang study lebih masa ya dan jangan enjoy pula dengan penukaran tarikh baru ini.
Menerusi sidang media semalam, KPM membuat penjadualan semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian itu dengan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dipinda ke 6 Januari hingga 9 Februari tahun depan.
Peperiksaan itu sebelum ini dijadual bermula 16 November hingga 7 Disember ini, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang sepatutnya bermula 23 hingga 30 Jun ini bagi ujian bertulis dan ujian lisan dipinda ke tarikh baharu iaitu 17 Ogos hingga 30 September ini.
Sesi pertama peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 24 Mei ini bagi semester tiga dan semester satu akan dipinda kepada 3 hingga 14 Ogos ini dan 28 hingga 9 Oktober ini.
Tarikh peperiksaan bagi sesi kedua untuk semester keempat dan semester kedua SVM juga dipinda iaitu masing-masing dari 21 Oktober hingga 8 November dan 14 hingga 30 Oktober ini kepada 18 hingga 29 Januari 2021 dan 17 hingga 28 Mei 2021.
Sementara itu, peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SVM dipinda dari 19 hingga 30 Oktober ini kepada 16 November hingga 6 Januari depan bagi ujian lisan, manakala ujian bertulis yang dijadual pada 16 November dipinda ke 6 Januari depan.
Begitu juga bagi mata pelajaran Sejarah untuk SVM, ia dipinda dari 25 November ini ke 7 Januari tahun depan.
Apa yang lebih penting bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentafsiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), dan Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3) kecuali bagi kompanen Hifz Al Quran (Tasmi dan Tahriri) bagi tahun 2020 ditiadakan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...