Mungkin setiap orang akan melaluinya. Berdepan dengan satu rasa yang tidak seronok dan cukup menyedihkan hati sendiri. Siapa mahu berdepan dengan putus cinta. Kisah patah hati yang sering kita dengar telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada rakan-rakan terdekat.
Tapi bagaimana kalau ia berlaku pada diri kita sendiri?
Ya, ia akan menyakitkan. Ya, ia juga bisa membuat kita mengalirkan air mata. Dan ya, ia juga mampu buat kita murung. Tapi usahlah korang risau kerana pengalaman begini hanya akan lebih mendewasakan diri. Malah, terdapat beberapa perkara yang akan korang pelajari selepas putus cinta dan berdepan dengan keadaan patah hati.
Antara fasa pertama selepas putus cinta, korang akan rasakan apa yang orang lain perkatakan tidak penting sama sekali. Telinga ditutup dan dipekakkan daripada orang-orang sekeliling korang. Hal ini berlaku kerana korang tak sedar bahawa tidak ada orang lain yang mampu mengubati hati sendiri kecuali diri sendiri. Dan di sinilah korang akan sedar bahawa kebahagian diri bergantung kepada diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Cara Kreatif Hiburkan Buah Hati Yang Sedang Sedih
Selepas fasa denial berkurang, korang akan mula sedar bahawa rakan-rakan amat penting dalam kehidupan korang. Saat ini kamu akan bangkit dan meminta pertolongan daripada mereka sama ada dari ahli keluarga atau kawan baik. Tanpa sedar korang akan menjadi seorang yang lebih terbuka untuk membicarakan tentang soal hati dan perasaan.
Melepaskan seseorang adalah amat sukar. Walaupun sudah putus cinta dan melepaskan seseorang dengan hati yang sedih. Tapi selepas putus cinta korang akan belajar untuk let go. Dan ia merupakan satu perkara yang bukan semua orang boleh lakakukan. Dengan pengalaman ini juga korang pastinya tidak mahu melakukan perkara kepada orang lain yang boleh berdepan kesensaraan yang korang lalui.
Pada ketika korang menjadi terpuruk dengan hati yang punah, mungkin dari situ timbulnya kesedaran. Bahawa antara jalan untuk menjadi bahagia adalah mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain. Kalau bukan korang sendiri yang sayang diri sendiri, siapa lagi?
Tempoh patah hati mengajar korang untuk banyak bersabar. Malah, korang juga belajar untuk memaafkan apa yang dilakukan oleh bekas buah hati. Dari situ korang akan mula berasa bahagia kerana boleh menerima kekuatan diri untuk berdepan dengan ujian seperti ini.