5 Idea Hadiah Konvokesyen Paling Menarik

Share

Ya, sekarang ialah musim banyak IPTA dan IPTS di seluruh negara menyempurnakan istiadat konvokesyen masing-masing. Dan pastinya korang perasan di laman media sosial sekarang akan penuh dengan foto-foto kenangan konvokesyen meraikan kejayaan mereka menggenggam segulung diploma atau ijazah.

Pada musim konvokesyen ini jugalah korang akan perasan semakin ramai peniaga-peniaga yang menawarkan pelbagai hadiah untuk dijual dalam bentuk gubahan bunga dan sebagainya. Memberi hadiah bagi meraikan ahli keluarga atau kawan-kawan yang menjalani istiadat konvokesyen adalah satu perkara lumrah sekarang ini.

Tapi tahukah korang bahawa bukan bunga sahaja yang sesuai dijadikam hadiah untuk kawan-kawan? Kali ini REMAJA ingin kongsikan 5 hadiah yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat kawan yang sertai istiadat konvokeyen.

Chocolate Bouquet

Siapa je yang tak suka coklat, bukan? Hadiah dalam bentuk chocolate bouquet bukan sahaja unik tetapiia boleh memberikan kepuasan ‘perut’ buat kawan korang. Tak perlu bouquet yang besar, cukup sekadar yang sederhana. Dan pastikan korang hadiahkan coklat yang dia betul-betul suka. Dan elakkan beli coklat yang tak berkualiti ya!

Teddy bear bouquet

Trend ini merupakan antara yang paling popular terutamanya jika korang ingin hadiahkan kepada kawan perempuan. Kalau kawan tak suka teddy bear

, carilah karakter kartun yang boleh hiburkan dia. Sekarang sudah banyak serta pelbagai karakter diabadikan sebagai patung mainan.

BACA: 10 Tip Kecantikan Yang Diamalkan Gigi Hadid

Cookies bouqet

Selain coklat, cookies juga merupakan makanan yang sangat popular di kalangan remaja. Zaman sekarang bila orang sebut biskut bukan hanya tertumpu kepada biskut tawar atau kering ya! Untuk lebih menari korang boleh gunakan cookies yang dibikin sendiri dan lakukan rekaan dengan sentuhan personal yang pastinya boleh menyentuh hati penerimanya.

Wishlist

Seorang graduan baru biasanya belum bekerja atau baru sahaja memulakan kerjaya. Dan pastinya setiap orang mempunyai wishlist mereka tersendiri seperti iPhone baru, jam tangan, sneakers

dan sebagainya. Jadi apa salahnya gunakan kesempatan ini untuk gembirakan mereka dengan kejutan. Berpakatlah dengan rakan-rakan yang lain dan buat collection untuk beli hadiah idamannya.

Duit

Bunyinya mungkin agak janggal tapi sebenarnya ramai kawan-kawan yang baru konvokesyen sedang berdepan dengan sebuah hidup baru. Perjalanan mereka menempuhi alam pekerjaan bakal bermula dan apa salahnya jika kita membantu mereka serba sedikit dengan sedikit wang.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim