5 Info Tentang Cara Penjagaan Kereta Sepanjang PKP, Wajib Tahu Kalau Tak Nak Kereta Rosak!

Share

Bukan semua orang tahu cara untuk menguruskan kereta, lebih-lebih lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Nak tak nak, at least korang kena alert sikit tentang penjagaan kereta ini. Maklumlah, kerajaan telah melanjutkan tempoh (PKP) sehingga 14 April ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Hal ini bermakna kereta kita tidak akan bergerak selama 28 hari, jika anda bukanlah tergolong dalam essential services yang perlu ke tempat kerja.

Nah, berikut merupakan 5 panduan yang dikongsi oleh Proton langkah mudah penjagaan kereta anda sepnajang musim PKP ini. Tip ini turut terpakai untuk kenderaan jenama lain juga.

1. Membersih bahagian dalaman kenderaan

Inilah peluang untuk anda membersihkan kereta. Meninggalkan sampah di dalam kenderaan akan menarik kehadiran serangga dan merosakkan bahagian tertentu kenderaan.

Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.

Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.

2. Hidup enjin secara berkala

Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.

Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.

Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.

3. Periksa tekanan angin tayar

Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Cara terbaik untuk memeriksa mereka adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (jika ada).

Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.

4. Tegakkan pengilap cermin kenderaan

Jika anda memarkir kenderaan di bawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.

Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.

5. Elakkan bintik mendatar pada tayar

Apabila anda memarkir kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selesa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk. Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata.

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.

Dengan langkah yang mudah diikuti ini, kenderaan anda akan berada dalam keadaan baik. Selepas tempoh PKP tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau melakukan aktiviti yang diperlukan

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dibuat dan kami harapkan semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Proton

Published by
Nana