5 ‘Jangan’ Untuk Kulit Berminyak, No. 3 Tu Ramai Yang Suka Buat

Share

Masalah kulit berminyak tidak hanya dihadapi oleh golongan perempuan, bahkan kaum lelaki pun turut merasa rimas jika mendapati kulit wajah berminyak.

Persekitaran yang terdedah dengan kotoran menjadi antara salah satu sebab mengapa masalah ini berlaku. Namun, ada juga kemungkinan anda mengamalkan cara penjagaan wajah yang salah selama ini. Jom semak sekiranya ada di kalangan anda yang melakukan lima tabiat buruk ini.

1. Jangan kerap cuci dan skrub


Ramai yang menganggap mencuci wajah menggunakan teknik skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah. Hakikatnya, cara ini hanya membuatkan wajah lebih berminyak, kasar dan sensitif.

Sebaiknya, cuci wajah sekerap dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Skrub pula hanya diamalkan dua kali seminggu. Sebelum itu, pastikan skrub anda mempunyai tekstur halus, urut lembut dan bilas dengan air suam.

2. Jangan biar peluh kering sendiri


Antara punca kulit sensitif adalah peluh. Walaupun peluh boleh menyejukkan badan tetapi itu tidak bermaksud anda harus biarkan ia kering begitu sahaja.Segera bersihkan muka dengan menggunakan tisu basah atau tuala bersih agar segala kotoran degil tidak lagi melekat di wajah.

3. Jangan picit jerawat


Ada yang merasakan bahawa tabiat memicit jerawat dapat menyelesaikan masalah.Namun ia hanya akan meninggalkan parut dan akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Sebaiknya, sapukan krim jerawat agar ia kering dan pantas mengecil.

4. Jangan biar buih syampu melekat


Apabila syampu rambut pastikan buih yang terhasil tidak melekat pada wajah.Ini kerana buih tersebut mengandungi kotoran yang disingkirkan dari rambut. Malah kandungan bahan pelembap di dalam syampu juga boleh membuatkan kulit wajah semakin berminyak.

5. Jangan guna sabun buku


Sabun buku berpotensi menjadi tempat bakteria atau kotoran berkumpul kerana ia terdedah dan telah disentuh oleh ramai orang. Sebaiknya belilah pencuci wajah khas untuk mengatasi masalah kulit wajah anda.

Moga tip ini bermanfaat buat korang yang ada masalah kulit berminyak ini.

Published by
Ruziana Zainal