Memilih produk kosmetik yang halal adalah tanggungjawab kita sebagai pengguna Islam. Dalam pada nak nampak cantik setiap masa, jangan sampai apa yang dipakai tu tidak tahu asal usulnya.
Kalau di Korea dan United Kingdom pun dah ada jenama kosmetik halal, dah tentulah Malaysia juga tak terkecuali untuk mengeluarkan produk-produk kecantikan yang halal kan?
Jom kita lihat antara 5 jenama kosmetik halal yang korang boleh dapatkan di pasaran sekarang.
1. dUCk Cosmetics
Produk yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini merupakan 100 peratus halal yang merangkumi produk-produk seperti make up remover, eye palettes, lip gloss dan lipstik. Lebih best lagi, produk dUCk ini juga adalah bebas paraben.
2. So.Lek
Ads
Merupakan antara produk kosmetik yang mesra wudhuk. Koleksi lip cream daripada rangkaian Bunga, Tari dan Lagenda mempunyai variasi pilihan warna yang menarik iaitu warna-warna terang seperti merah jambu dan juga koleksi warna gelap.
3. Dida For Women
Teraju utama jenama produk ini, Tengku Chanela Jamidah dan Didie Nasir bukan saja menawarkan produk kecantikan buat wanita Malaysia tetapi turut memberi keyakinan dan kuasa kecantikan buat mereka.
Produk bibir Dida For Women dikenali secara meluas dan menjadi pesaing kepada jenama-jenama antarabangsa yang lain kerana produk ini dijual dengan harga yang lebih berpatutan.
Ads
4. Sorfina Hal
Dengan formula yang mengandungi 70 peratus bahan orgnik dan secara purata 95 peratus bahan semula jadi, Sorfina Hal menghasilkan kosmetik halal yang mesra solat dan 100 peratus bebas daripada bahan-bahan merbahaya.
Melancarkan tiga koleksi kecantikan dengan konsep Pure, Plush dan Permissible, koleksi Pure menampilkan enam krim bibir dengan warna yang pastinya menarik perhatian korang.
Ads
5. Prettysuci
Merupakan label kosmetik halal yang pertama dan telah melancarkan jualan di Sephora. Prettysuci merupakan portal online kecantikan yang menjual jenama kosmetik halal di seluruh dunia, termasuklah jenamanya sendiri.
Sehingga hari ini, ia telah membawa lebih daripada 30 jenama berlainan di laman sesawangnya.
Adakah korang merupakan seorang peminat Justin Bieber slash XXXTENTACION slash Post Malone slash Rex Orange County slash Khalid?
Jika ya, korang akan menggemari bakat remaja baharu dari UK, Finn Askew.
Baru-baru ini, REMAJA dijemput oleh Universal Music Malaysia untuk menemuramah penyanyi Gen Z itu secara ekslusif setelah dia melancakan album EP pertamanya berjudul Peach.
Pada usia 19 tahun, muzik Finn amat dekat dengan pendengar remaja yang ingin dicintai, ingin dihargai, mempunyai perasaan sedih dan gembira pada masa yang sama. Yes – a nice form of complicated nicely tied together in an album.
Lihat apa yang ingin diperkatakannya mengenai lagu kegemarannya dari album ini dan sama ada dia mempunyai lagu kegemaran K-Pop.
Bagaimana keadaan lockdown kali ketiga yang dikenakan di UK? FINN: Saya bertuah kerana rumah saya berada di kawasan pekan kecil (countryside), jadi walaupun kami dalam peringkat lockdown saya masih boleh keluar dan berjalan. Lockdown ini tidak begitu menjejaskan saya, I’m doing alright.
Kamu mencipta kebanyakan lagu di dalam bilik tidur. Apakah 3 item yang wajib ada di dalam bilik tidur kamu untuk menjadi kreatif? FINN: Saya perlukan gitar, komputer riba dan vibes yang bagus.
Kami telah mendengarkan album EP terbaru kamu berjudul Peach. Congratulations! Ia mempunyai diversiti dari segi muzik dan genre. Siapakah di antara inspirasi kamu semasa menyiapkan album ini. FINN: Semasa saya membesar, saya banyak mendengar kepada band lama seperti Nirvana dan The Beach Boys. Saya banyak mendengar muzik Justin Bieber. Saya juga meminati muzik rap dari Amerika seperti Juice WRLD, XXXTENTACION, Lil Peep dan penyanyi yang seiring dengan mereka.
Sebab itulah EP ini mempunyai pelbagai jenis genre dan muzik kerana inspirasi saya hadir dari pelbagai jenis muzik dari serata dunia. Ia juga membuatkan pendengar menggelar muzik saya agak ‘pelik’ ketika mereka mendengarnya untuk kali pertama.
Bagaimana pandemik COVID-19 ini telah mempengaruhi proses kamu menyiapkan EP ini? FINN: Tentunya, album ini telah memakan masa yang lebih panjang daripada yang saya jangkakan. Tidak semua perkara terurus berbanding jika kita boleh duduk di studio dan menyiapkannya. Saya perlu lakukan perbincangan di Zoom, saya perlu berhubung menerusi telefon.
Tapi asalkan EP ini dapat disiapkan, saya sudah berpuas hati.
Apakah trek kegemaran kamu dari EP ini? FINN: Saya harus katakan trek terakhir iaitu Buttercup. Walaupun ia adalah trek paling pendek, ia mempunyai vibe yang chill dan dreamy – ia sedap untuk didengari berkali-kali.
Setiap lagu yang saya lancarkan ini mempunyai jalan cerita masing-masing, namun Buttercup adalah lagu yang personal bagi saya dan saya berbangga dengan lagu ini
Kamu telah menulis trek ‘Roses’ sejak berusia 16 tahun. Kini pada usia 19 tahun, apakah perubahan yang dapat kamu lihat pada diri kamu sebagai seorang penulis lagu? FINN: 100%. Semasa saya menulis Roses, saya belum pernah menjejakkan kaki ke studio rakaman dan bertemu dengan penerbit album.
Meskipun Roses adalah lagu yang bagus dan amat diminati oleh pendengar, kamu boleh melihat perubahan pada penciptaan lagu-lagu saya sejak itu. The more I do this, the better I get. Tentunya saya gembira apabila semakin lama saya lebih yakin dengan improvement yang berlaku.
Roses amat digemari di Malaysia dan secara amnya di benua Asia. Ini termasuklah salah seorang anggota NCT iaitu Taeyong yang pernah mengakui Roses adalah salah satu lagu kegemarannya.
Adakah kamu sendiri mempunyai lagu K-pop kegemaran? FINN: Buat masa ini, saya menggemari Dynamite oleh BTS. Jujurnya, saya masih tidak terlalu mengenali dunia K-pop secara menyeluruh.
Nyatakan EP Peach ini dalam 3 perkataan. FINN: Gila (mad), unik dan muda (youthful).
Kami juga amat menyukai cara video muzik kamu dirakamkan dan disunting. Adakah kamu terlibat dalam proses pembikinan video-video tersebut? FINN: Sudah tentu. Saya akan menerangkan maksud sesebuah lagu dan apa yang saya inginkan dari video muzik saya. Of course, saya terbuka untuk menerima idea pengarah kerana mereka adalah pakar.
I am also glad many people can view my hometown in my recent videos. Ramai berpendapat saya berasal dari kawasan bandar, tak ramai yang tahu saya dari pekan kecil bernama Somerset.
Apakah perkara yang paling kamu rindukan semasa pandemik ini? FINN: Tentunya untuk keluar dari kawasan ini dan menjayakan tour saya di UK. Dan saya tidak sabar untuk ke Asia dan menyanyi dari satu negara ke negara yang lain. Saya tidak pernah lagi ke benua Asia.
Apa yang boleh kami jangkakan daripada kamu untuk 2021? FINN: Ia akan menjadi tahun yang cemerlang untuk saya, saya tidak sabar untuk mengeluarkan lebih banyak lagu baru. Kamu juga boleh menjangkakan virtual shows dari saya, kami akan umumkannya tidak lama lagi.
Sebuah perkahwinan bagaikan tidak lengkap tanpa kehadiran cahaya mata, namun rezeki itu datang sama ada cepat mahupun lambat sahaja.
Sama seperti pasangan lain, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri selepas genap setahun mendirikan ruman tangga bersama suami tercinta, Farhan Norzaini.
Luahan tersebut diungkap pelakon drama Ramadan Yang Hilang itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suami.
“Jika tak keberatan, doakan semoga kami dikurniakan zuriat. Semoga doa-doa kita diperkenankan, amin Ya Rabb,” tulisnya.
Dalam coretan itu juga, Zulin sempat mendedikasikan ucapan teristimewa buat pasangan, setelah genap setahun melayari fasa perkahwinan bersama.
“Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang mengenali satu sama lain. Menerima kurang lebin setiap dari kita. Memahami, terbiasa.
“Bawa ke tahun-tahun seterusnya. Makin lama makin cinta. Kita sederhana tapi bahagia. Syukur Ya Allah,” titipnya sambil meluahkan rasa cinta dan berdoa agar kekal selamanya bersama suami tersayang.
Luahan penyanyi lagu Dan Ketika Itu tersebut sekali gus itu mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat dan rakan artis selain mereka dilihat memberi sokongan agar doanya dimakbulkan kelak.
“Amin, semoga Zulin dan suami dikurniakan zuriat secepat mungkin. Jangan penat berdoa,” komen seorang pengikutnya.
“Buat pejuang garis dua (golongan wanita yang berusaha mendapatkan zuriat), semoga dikurniakan zuriat pada tahun ini, amin,” komen pengikut lain.
“Selamat ulang tahun perkahwinan babe. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan saya doakan awak dikurniakan rezeki anak yang ramai selepas ini, amin,” titip rakan penyanyi, Idayu.
Sekitar hujung September tahun lalu, Zulin mendedahkan dia sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran sebulan sebelum itu, iaitu pada bulan Ogos.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga dengan sekali lafaz pada tanggal 20 Februri tahun lalu, selepas dua tahun mengenali hati budi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa pernah menjadi mangsa pasti cukup faham akan kerugian yang dialami serta betapa remehnya untuk berdepan dengan semua proses hasilkan semual dokumen penting seprti kad pengenalan, lesen memandu dan lebih teruk, pasport.
Dan lebih malang lagi jika menjadi mangsa penyeluk saku ketika berada di luar negara. Inilah mimpi buruk buat semua orang yang ingin bercuti sambil bergembira tetapi kena hadap masalah begini.
Beberapa lokasi termasuklah di kota-kota negara maju sering menjadi sasaran penyeluk saku. Kejadian ragut dan seluk saku sering berlaku di kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Pantang saja leka, penyeluk saku memang cergas membuat kerja! Kalau leka pasti kita akan jadi sasaran mudah. Jadi untuk elakkan korang jadi mangsa lebih baik persiapkan diri.
Bagaimana nak elak jadi mangsa penyeluk saku?
BERSIAP SEDIA
Sebelum keluar berjalan-jalan menikmati pemandangan indah serta melakukan aktviti riadah, korang boleh kurangkan membawa barang berharga. Ini sekali gus boleh meminimumkan kadar kerugian jika korang menjadi mangsa. Untuk dokumen penting, sila buat salinan pendua fotostat seperti pasport, pas perjalanan, itinerari dan preskripsi ubat-ubatan. Elakkan diri nampak macam diva serba ekstravangza, kerana korang boleh jadi ‘lauk’ yang cukup mudah bagi mereka.
SENTIASA PEKA
Jika kamu membawa juga barang-barang berharga seperti kamera, komputer riba, tablet PC, telefon pintar dan jam tangan mahal ketika berjalan-jalan, silalah peka dengan keadaan sekeliling. Jika ada orang yang mencurigakan menghampiri jauhkan diri secepat mungkin. Jika korang bergerak dalam grup, pastikan tidak keseorangan.
BAWA YANG MANA PERLU
Rancang perjalanan dan perbelanjaan dengan baik. Sebagai contoh, bawa wang yang mencukupi dan tidak terlalu banyak sepanjang aktiviti yang dirancang. Jika ingin bawa lebih, simpan wang tersebut dalam money belt. Ia merupakan beg berzip dengan fabrik elastik yang boleh dilekatkan di pinggang.
SELALU DOUBLE CHECK
Tidak kiralah sama ada ketika ingin check out dari hotel atau bertolak pulang dari mana-mana destinasi, lakukan double check terhadap semua barang-barang serta dokumen yang dibawa. Ini perkara yang sangat penting terutamanya ketika ingin check out dari hotel.
SIMPAN NOMBOR PIHAK BERKUASA
Setiap negara mempunyai mobor panggilan kecemasan berbeza. Sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini, catat atau salin nombor kecemasan yang penting. Jika mahu lebih selamat, dapatkan nombor kedutaan Malaysia dan nombor telefon balai polis berdekatan. Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa bawa nombor telefon hotel yang korang menginap.
Semoga dengan tips ini korang dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyeluk saku.Selamat bercuti!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...