5 Jenama Losyen Badan Pilihan REMAJA : Banyak Manfaat Untuk Organ Terbesar Manusia

Share

Kulit adalah organ terbesar bagi manusia, sebab itu kita harus memeliharanya dengan baik.

REMAJA syorkan untuk manjakan kulit badan dengan rangkaian krim atau losyen badan. Senang sahaja, selepas mandi atau sebelum tidur sapukan losyen badan keseluruhan badan. Jangan lupa leher sekali okay!

Ini 5  losyen badan pilihan REMAJA :

Sama ada anda suka atau tidak, pelindung matahari perlu dipakai pada setiap hari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang memberikan kesan yang berbahaya. Popular dalam produk yang melindungi kulit daripada sinaran UV, Supergoop! melancarkan satu losyen badan khas buat korang yang gemar kulit berkilauan, terutamanya pada musim panas.

Losyen ini tetap melembapkan kulit disamping memberikan efek sedikit kilauan dengan mineral yang memantulkan cahaya. Tambahan, ia memberikan perlindungan SPF 40 dari sinar matahari dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit memang terasa lembut, halus dan kembali bernafas. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Aveeno Daily Moisturizing Body Lotion With Broad Spectrum SPF 15

Oatmeal koloidal yang menenangkan bukan sahaja dapat mengisi kelembapan tanpa kerengsaan, tetapi juga berfungsi untuk mengunci kelembapan itu. Tambahan, tidak ada wangian tambahan, jadi sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai hidung sensitif.

Origins: Ginger Souffle


Bau segar halia sangat mengagumkan, itu belum lagi sesudah anda menyapu krim ini dikeseluruhan badan memang terasa segar sangat! Tinggi hidrasi dan sesuai pada kulit samada dibawah suhu panas atau sejuk. Adunan dari Olive Oil, Grape Seed Oil, Rice Bran Oil dan Apricot Kernel Oil melembutkan kulit kering anda dan daya penyerapan sangat cepat serta tidak melekit.

Crabtree & Evelyn: Pomegranate & Argan Oil


Krim badan ini telah diuji oleh ahli dermatologi jadi tiada apa yang perlu anda risau lagi. Pelembab yang menyerap terus ke dalam kulit meninggalkan wangian yang manis dan enak. Kaya dengan kebaikan minyak argan, pistachio dan minyak biji anggur.  Kalau anda suka krim dengan haruman mewah cubalah krim dari Crabtree & Evelyn sangat berbaloi.

Vaseline: Total Moisture


Siapalah tak suka dengan produk Vaseline kan? Lupakan sebentar jeli petroleum tapi gunakan rangkaian losyen badan Total Moisture yang langsung tidak melekit dan mudah menyerap. Kandungan nutrien dan penggunaan teknologi multi-layer moisture sesuai untuk rawatan dan penjagaan kulit kering. Wanista pilih Vaseline Total Moisture dari Aloe Fresh tapi kalau anda kulit kering yang kritikal, cuba Vaseline Total Moisture (botol kuning).

The Face Shop Body: Hand & Body Shiffon Cream


Tidak melekit dan mengandungi kebaikan Shea Butter untuk mengekalkan kelembapan pada kulit berpanjangan. Kebanyakan losyen yang berbau harum boleh beri kesan iritasi pada kulit tapi tidak dari krim The Face Shop ini. Haruman dari buah-buahan buat krim badan ini tidak jemu disapu dan yang paling penting ia sangat baik untuk kulit badan!

 

 

 

Published by
Nana