Nak cari pasangan hidup ni bukanlah satu kerja yang mudah. Mana taknya, pasangan yang dipilih tu mestilah individu yang sanggup berkongsi hidup hingga akhir hayat.

Jadi, penting untuk korang semua ‘alert‘ tentang jenis-jenis lelaki yang layak atau tidak untuk dijadikan calon suami.

Nah, ini 5 jenis lelaki yang patut korang dump awal-awal sebelum dijadikan pasangan hidup.

1. Tak kerja dan bersikap boros

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

Lelaki merupakan pemimpin dan ketua tidak kira di dalam keluarga atau satu organisasi. Sumber pendapatan merupakan syarat utama bagi lelaki kerana terdapat banyak komitmen yang harus dilakukan dan bersifat boros harus di jauhi.

Seorang lelaki harus tahu tentang tanggungjawab yang dipikul. Tidak kira susah macam mana pun, cuba dan tidak putus asa apabila melakukan sesuatu terutama bagi yang sudah berumah tangga.

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

Ads

 

2. Sentiasa mengharap bantuan orang lain

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

Jika inginkan lelaki yang boleh membimbing dan menjaga korang suatu hari nanti, pilihlah seorang lelaki yang sentiasa boleh berdikari tidak kira apa situasi pun. Jangan pilih lelaki yang selalu mengharapkan bantuan orang lain.

Segelintir lelaki, masih ada yang bergantung pada orang tuanya. Mereka seharusnya sudah tahu bagaimana untuk berdikari dan sepatutnya membantu orang tuanya.

3. Bersangka buruk

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

Ads

Salah satu ciri lelaki yang tidak layak untuk dijadikan pasangan adalah seorang yang sering berfikiran buruk terhadap sesuatu atau seseorang. Mereka yang bersifat seperti ini sering menganggapkan perkara yang korang lakukan adalah salah.

Jika di alam percintaan, jangan terkejut jika lelaki seperti ini memburukkan korang pada rakan lain.

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

 

Ads

4. Kaki control

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

Sifat ini terlalu bahaya jika pasangan korang sejenis yang suka mengongkong. Mereka ni akan sering mengawal gerak geri korang tidak kira pada waktu.

Ke mana korang pergi dan apa sahaja yang dilakukan pasti ada sahaja yang tidak kena pada si dia.

Jika pasangan mula menunjukkan sifat seperti ini, hindarilah dan jauhi daripadanya sebelum terlambat.

5. Pemalas

5 Jenis Lelaki Yang Perlu Korang Elak Untuk Cari Calon Suami

Sifat pemalas harus dibuang dan dilawan oleh para lelaki kerana jika ia menguasai diri lelaki, segala tanggungjawab yang harus dilaksanakan akan terabai dan lelaki tersebut akan di cop sebagai ‘lelaki tak guna’ di mata perempuan.

Jadi, adakah antara lima sifat ini terdapat pada pasangan korang? Jangan memilih pasangan hanya kerana paras rupa dan kekayaan jika mereka masih mempunyai lima sikap buruk ini. Pilihlah pasangan yang boleh memahami dan bertolak ansur tidak kira apa situasi pun.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI