Korang yang pakai pendakap gigi saja tahu sebenarnya ianya satu pengalaman yang agak menyakitkan. Bukan sekadar sakit sebab gigi tu bagai ‘diikat’, tetapi banyak juga makanan yang kita perlu hindari kalau korang pakai pendakap gigi ni sebenarnya.

Pendakap gigi atau pun dalam erti kata lain digelar braces bukanlah dipakai kerana trend, tetapi ianya dipakai atas tujuan kesihatan gigi kita sendiri. Namun, jika kita lihat diluar sana, masih ada lagi orang yang memakainya kerana trend semata-mata, dan ada juga yang memakai fake braces dan akhirnya membawa kemudaratan pada diri sendiri.

Ini adalah antara 5 jenis makanan korang perlu hindari kalau pakai pendakap gigi:

1. Bertih Jagung (Popcorn)

5 Jenis Makanan Yang Korang Perlu Hindari Kalau Korang Pakai Pendakap Gigi

Ya! Makanan kegemaran korang waktu tengok wayang tu, its time to say goodbye! sekurang-kurangnya dalam tempoh 1-2 tahun pertama rawatan gigi korang ni. Sebenarnya bertih jagung ni mempunyai ciri-ciri ‘melekit’ dan ianya akan mudah melekat pada wayar dan braket pendakap gigi korang tu.

Sisa makanan ini akan melekat agak lama dan kekal di gigi korang kerana ianya lebih sukar untuk dicuci. Ianya juga boleh menyebabkan pereputan gigi. Yelah, maniskan karamel tu. Jadi lepas ni, cuba tukar kepada makanan yang lebih lembut ketika menonton wayang atau movie okay!

2. Ais Batu

Ads

5 Jenis Makanan Yang Korang Perlu Hindari Kalau Korang Pakai Pendakap Gigi

Sebenarnya penulis sendiri pun memakai pendakap gigi, untuk pengetahuan korang, mengikut pengalaman penulis, ais batu ini lah punca utama braket pendakap gigi penulis patah dan terkeluar. Ye bila difikirkan semula memang kelakar. Antara sebab lain korang kena elak makan ais waktu pemakaian pendakap gigi adalah kerana gigi kita akan jadi lebih sensitif.

Pengunyahan ais boleh meningkatkan kadar sensitiviti gigi dan gusi, walaupun setelah membukanya nanti. Sewaktu pemakaian pendakap gigi, gigi kita memang akan bergerak secara perlahan, jadi jika tambah ‘tekanan’ dengan mengigit sesuatu yang keras, kemungkinan ianya akan memberi efek kepada kita.

3. Biskut keras

5 Jenis Makanan Yang Korang Perlu Hindari Kalau Korang Pakai Pendakap Gigi

Ads

Dah nama pun keras kan, konsepnya pun sama juga seperti kita mengunyah ais batu tadi. Walaupun biskut tidak sebahaya makanan lain yang disenaraikan, tetapi tenaga yang diperlukan untuk mengunyah dan menggigit itu adalah banyak. Sebaliknya, pilihlah biskut yang lebih lembut ye, janganlah pulak nanti korang pergi tibai biskut bayi tu. Biskut kering Jacobs pun okay je!

4. Makanan dan minuman berasid 

5 Jenis Makanan Yang Korang Perlu Hindari Kalau Korang Pakai Pendakap Gigi

Apa jenis-jenis makanan dan minuman berasid tu? Contohnya seperti air yang bergas, termasuklah makanan seperti buah yang masam seperti lemon, limau dan sebagainya. Makanan berasid boleh mengakis enamel gigi korang, asid ini juga akan berkumpul disekitar gigi korang dan juga braket.

Ads

Kadang-kadang ianya boleh menyebabkan kemunculan bintik-bintik pudar dipermukaan gigi, dan apabila korang buka braces nanti, baru korang sedar yang waktu tu semuanya dah terlambat.

5. Daging kental

5 Jenis Makanan Yang Korang Perlu Hindari Kalau Korang Pakai Pendakap Gigi

Pernah tak korang makan steak lepas tu terdapat bahagian yang berurat dan susah nak digigit tu? Hati-hati kalau korang pakai pendakap gigi. Daging berurat sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak juga untuk mengunyah. Kerana keliatannya itu, ianya boleh meletakkan tekanan pada gigi korang.

Antara kesan sampingannya kepada gigi ialah ianya boleh menyebabkan wayar dikeliling braket pendakap gigi kita itu longgar dan mengurangkan keberkesanannya.

Jadi lepas ni korang yang pakai pendakap gigi tu, kena lebih berhati-hati ye dalam memilih makanan.

Sumber (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI