Solat adalah perkara WAJIB ke atas setiap umat Islam yang berakal dan baligh. Betapa pentingnya ibadah solat lima waktu sehari semalam ini, ia merupakan rukun Islam ke kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Perkara pertama akan ditanya di akhirat kelak adalah solat. Justeru itu, ibadah solat tidak boleh dipandang remeh sama sekali oleh setiap umat Islam. Di samping solat lima waktu sehari semalam, kita juga disarankan untuk melakukan solat sunat yang boleh memberikan ganjaran pahala bagi yang melakukannya. Malah ia adalah jawapan kepada semua masalah yang kita hadapi.
Jom kita ketahui jenis-jenis solat sunat dan pengertiannya.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur). Boleh buat 2 rakaat atau lebih (sehingga 6 rakaat).
Solat tahajjud oleh dibuat apabila terjaga di waktu malam selepas tertidur sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Solat hajat dan doa sebenarnya adalah senjata umat Islam. Sembahyang sunat atau solat sunat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang Muslim itu memiliki sebarang hajat atau kehendak yang ingin dipinta terus kepada Allah S.W.T.
Antara hajat yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat Malaysia ialah seperti hajat pelajar inginkan keputusan yang cemerlang, hajat ibu bapa mahukan anaknya berubah daripada keburukan kepada kebaikan, hajat mahu anak dengar kata, hajat mahukan sejumlah harta, hajat mahukan calon pasangan isteri atau suami dan sebagainya.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.
Istikharah dari sudut bahasa bermaksud “meminta sesuatu kebaikan”.
Doa yang dibaca semasa solat berbunyi seperti berikut:
Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjukMu dalam pengetahuanMu, aku meminta kekuatanMu dengan kemampuanMu, dan aku mengharapkan daripada kurniaMu yang Agung. Maka sesungguhnya Engkau mampu dan aku tidak mampu, Engkau tahu dan aku tidak tahu dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah jika Engkau tahu bahawa urusan ini [sebutkan urusan] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, maka mampukanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah padanya bagiku. Dan jika Engkau tahu bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah kebaikan padaku, di mana-mana pun ia, kemudian redhakan lah aku padanya.
Maka sebelum itu, ada tiga langkah perlu tahu iaitu:-
Solat sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam. Jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.
Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.
Ajaran dalam agama islam cukup lengkap untuk mencari semua jawapan pada persoalan yang kita ingin tahu dan mahu tahu. Al-Quran dan hadis itu adalah pelengkap kehidupan dan tidak boleh ditinggalkan sama sekali.