Melihat kepada situasi politik hari ini, ternyata boleh dikatakan anak muda kurang cakna berkaitan hak mereka khususnya dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui mereka pada masa depan.

Fakta yang perlu diambil serius, dikatakan kira-kira lima juta orang pengundi muda  belum mendaftar biarpun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang antaranya had umur mengundi kepada 18 tahun diluluskan.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kini pengundi muda menggalas tanggungjawab berat untuk menentukan calon pemimpin masa hadapan pilihan mereka.

5 Juta Anak Muda Belum Daftar Sebagai Pengundi, Adakah  Kurang Minat Soal Politik?

Ads

Yang Dipertua PAS(YDP) Kawasan Marang itu berkata, cabarannya ialah bagaimana kaedah untuk mendekati anak-anak remaja. Mereka berdepan untuk membuat pemilihan memilih kepimpinan negara.

“Kita bimbang terhadap kelompok yang berfikiran liberal memimpin negara, kelompok yang berfikiran liberal ini tidak seperti kita, yang selalu mengikuti program tarbiyah. Tidak ada cara lain selain mendekati anak muda dengan tarbiyah”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Amanat Yang DiPertua’ di Dewan Majlis Daerah Marang, dekat sini pada 13 Februari lalu.

Ads

Program tersebut turut dihadiri oleh mantan YDP PAS Kawasan itu, Dato Haji Yahaya Ali, Naib YDP PAS Kawasan, Ariffin Deraman dan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Cikgu Hassan Awang.

Seterusnya kata beliau lagi, “Menjadi harapan untuk melihat anak muda khususnya di Kawasan Marang dapat memainkan peranan penting dalam DUN masing-masing untuk membentuk sahsiah anak muda”.

Ads

Justeru itu, jangan sembang tentang mahu menukar pemimpin kalau daftar pengundi pun malas dilakukan. Fikir-fikir sendiri!

Sumber : BuletinOnline

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI