Bila masuk bulan baru pasti peminat setia Kdrama ternanti-nanti akan senarai drama terbaru yang akan release. Kini Remaja tampilkan 5 K-Drama yang wajib korang tonton bulan September ini sebab memang semuanya hebat-hebat dan kelihatan sangat menyeronokkan!
Berdasarkan drama Taiwan Someday Or One Day 2019, Netflix original A Time Called You ialah siri percintaan perjalanan masa yang dibintangi oleh Ahn Hyo-seop dan Jeon Yeo-been.
Rasa sedih yang melampau dek kerana kehilangan teman lelakinya pada masa kini, Han Jun-hee (lakonan Jeon) mengembara kembali ke masa lalu ke 1998, ke dalam badan Kwon Min-ju.
Dalam masa lampau yang silih berganti ini, Jun-hee bertemu dengan Nam Si-heon (Ahn), yang mempunyai persamaan luar biasa dengan teman lelakinya yang sudah meninggal, Yeon-jun.
Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun
Berlatarkan lapan tahun selepas Arthdal Chronicles 2019, drama fantasi ini akan kembali dengan pelakon Lee Joon-gi dan Shin Se-kyung masing-masing mengambil alih watak Eun-seom dan Saya.
Ads
Sementara itu, Jang Dong-gun dan Kim Ok-vin akan memainkan semula watak mereka sebagai antagonis Ta-gon dan penasihat dan kekasihnya Tae Al-ha.
Musim baru akan memberi tumpuan kepada perebutan kuasa antara Kerajaan Arthdal yang disatukan oleh Ta-gon dan Kesatuan Ago yang dibentuk dan diketuai oleh Eun-seom apabila ketegangan antara mereka meningkat.
The Day
K-drama The Day adalah berdasarkan novel The Day of The Kidnapping oleh Jung Hae-yeon. Yoon Kye-sang mengetuai siri ini sebagai Kim Myung-joon, seorang lelaki miskin yang terlibat dalam penculikan Ro-hee, anak perempuan keluarga kaya untuk wang tebusan untuk membayar pembedahan anaknya sendiri.
Namun rancangannya menjadi huru hara apabila situasi memaksa Myung-joon untuk menjaga Ro-hee, yang telah hilang ingatan dan percaya dia adalah bapanya.
Ads
Walaupun dia cuba mengembalikannya kepada ibu bapanya, Myung-joon kemudian menyedari bahawa mereka berdua sebenarnya telah meninggal dunia.
7 Escape
Misteri 7 Escape akan datang menceritakan kisah tujuh individu yang entah bagaimana terlibat dalam kehilangan seorang gadis muda.
Di tengah-tengah misteri itu ialah Matthew Lee (Uhm Ki-joon Penthouse), seorang lelaki yang menyendiri di sebalik syarikat platform mudah alih terbesar di negara ini dan Geum Ra-hee (Hwang Jung-eum), seorang CEO penerbitan drama yang kehabisan wang.
Turut membintangi siri ini ialah bekas MBLAQ Lee Joon sebagai bekas gangster Min Do-hyeok, Yumi’s Cells Lee Yoo-bi sebagai Han Mo-ne, seorang gadis kaya yang berharap untuk menjadi idola dan Yoon Jong-hoon sebagai Yang Jin- mo, CEO yang tamak sebuah syarikat hiburan.
Ads
The Worst of Evil
The Worst of Evil yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Dibintangi oleh dua jejaka terhangat Korea Selatan iaitu Ji Chang-wook dan Wi Ha-joon dari Squid Game sebagai Park Jun-mo, seorang pegawai polis yang menyamar, dan Jung Gi-cheol, dalang pertubuhan jenayah.
Al kisahnya, Jun-mo memulakan misi penyamarannya di daerah Gangnam yang kaya-raya. Walau bagaimanapun, Jun-mo dengan cepat mendapati bahawa isteri dan pegawai narkotiknya Yoo Eui-jeong (Im Se-mi) telah mendaftar untuk tugasan penyamaran yang sama, dan berkongsi sejarah dengan Gi-cheol.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, Netflix
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkat kreativiti, bakat dan fokus pada perihal pertandingan; pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah telah diumumkan sebagai juara program realiti Famili Duo musim kedua.
Kedua-dua anak penyanyi lagenda, Jamal Abdiillah itu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
FOTO: TV3 Malaysia
“Alhamdulillah. Syukur, terima kasih kepada semua yang menyokong. Kepada team Nusa Music, ibu bapa kami! Itu yang sangat bermakna. Terima kasih Mama, terima kasih Babah,” kata Yamani selepas mereka diumumkan sebagai juara. Adik-beradik itu secara resfleks bersujud syukur di atas kemenangan.
Tambah Zaki Yamani, “Terima kasih Abang Ajai, Mummy (Mas Idayu). Terima kasih kepada abang-abang pemuzik, terima kasih kepada emak saya yang selalu bagi semangat.”
Tatkala program Famili Duo diheret dengan beberapa cerita sensasi sejak kebelakangan ini, Yamani dan Zaki kekal meletakkan misi utama untuk menjuarai pertandingan dengan membawakan medley lagu Hutang dan Bunga bagi kategori ‘Lagu Anugerah Juara Lagu’ dan lagu Kau Pun Sama bagi kategori ‘Lagu Bebas’.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada pasangan The Jebats (Ayda Jebat & Fyna Jebat) manakala pasangan Bella Astillah dan Wani Kayrie pula merangkul tempat ketiga.
Tempat keempat dibawa pulang oleh Naim Daniel dan Sissy Iman.
Kontroversi Famili Duo
Isu pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman teruk dimarahi juri Mas Idayu, isu Fyna Jebat didakwa bertengkar di kedai makan bersama isteri pertama bekas jurulatih bola sepak tempatan serta isu dugaan orang ketiga dalam perkahwinan Bella Astillah telah menjadi tajuk utama berita hiburan sejak kebelakangan ini.
Hanya sang juara ini sahaja yang dilihat bebas daripada sebarang kontroversi sekaligus membuatkan kemenangan mereka pada malam ini manis untuk diperkatakan.
FOTO: TV3 Malaysia
Walaupun sesetengah pihak berpendapat cerita-cerita sensasi ini ‘sengaja’ dijaja pada waktu yang tepat untuk menaikkan rating program Famili Duo, jelas fokus dan semangat sebahagian daripada pesertanya terkesan dengannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Video tular yang dipetik daripada sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini membabitkan anggota kumpulan SMDX telah mencetuskan sensasi. Anggota SMDX yang dimaksudkan iaitu Elle Thong mendakwa dirinya tidak mengenali kumpulan Dolla.
Dek kenyataan itu, rata-rata warganet tidak dapat menerima sikap angkuh yang dipamerkan Elle itu biarpun usia mereka masih mentah dalam industri hiburan tanah air setelah baru sahaja meluncurkan single pertama.
Anggota kumpulan SMDX, Elle Thong.
Malah, ramai mengkritik semula kumpulan SMDX yang kewujudannya masih belum diketahui terutamanya dalam kalangan peminat di Semenanjung.
Siapa sangka, SMDX bukanlah kumpulan yang muncul secara tiba-tiba tetapi ia telah ditubuhkan oleh syarikat pengurusan berpengalaman yang turut menguruskan penyanyi popular seperti Ayda Jebat.
REMAJA berkesempatan menemui Ayda setelah tamat konsert minggu ketiga program The Hardest Singing Show bagi bertanyakan pandangannya mengenai kontroversi berkenaan.
Ayda Jebat
“Saya rasa ramai yang tidak tahu, SMDX ini ditubuhkan oleh syarikat pengurusan saya, XENO. Jadi, SMDX ini diletak di bawah XIBO iaitu bagi artis-artis Borneo. Saya tidak pernah berjumpa mereka tetapi apabila mereka di bawah syarikat pengurusan saya, saya rasa mereka ada famili. Adik saya.
“Bila jadi hal itu, secara jujurnya saya marah. Saya terus tanya di dalam grup, ‘Tolong jangan cakap ini budak XENO. I am so angry’. Mereka respon dan mengesahkan ya (SMDX di bawah syarikat pengurusan mereka),” katanya yang cemerlang di konsert minggu ketiga setelah mempersembahkan dua buah lagu Bollywood, Chaiya Chaiya dan Shava Shava bersama Datuk AC Mizal.
Tambah Ayda lagi, sebagai penyanyi yang terlebih dahulu telah menelan asam garam industri seni, dirinya tidak keberatan untuk ‘terbang’ ke Sabah sekiranya dia dan kumpulan SMDX berkelapangan.
Ayda percaya, perbualan di antara ‘kakak dan adik’ perlu dilakukan secara berhadapan bagi mengelakkan salah faham.
Kumpulan SMDX
“Saya benar-benar ingin bercakap dengan mereka. Isu ini tidaklah begitu serius tetapi kedua-dua kumpulan ada peminat masing-masing. Of course, saya sukakan Dolla. Mereka rakan-rakan saya dan mempunyai peminat yang sangat kuat.
“Sebagai ‘Kak Long’ daripada XENO, saya rasakan tindakan yang dibuat oleh salah seorang ahli itu tidak manis. Mungkin dia belum diajar lagi cara untuk bercakap.
“Bagi saya, kita bagi dia peluang tetapi dia kena sedar itu adalah satu kesilapan. Ini bukanlah masanya untuk mereka tular disebabkan hal sebegini,” tegas Ayda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jelas, anak perempuan kepada Jennifer Lopez dan Marc Anthony akan mengikut jejak langkah ibu bapanya sebagai penyanyi.
Emme Maribel, 11 tahun telah mencuri tumpuan seluruh dunia apabila membuat kemunculan di persembahan separuh masa pertama Super Bowl di Miami, Amerika Syarikat.
Walaupun ramai yang tak sabar menanti kemunculan Jennifer Lopez (J Lo) dan Shakira di atas pentas untuk 15 minit paling menghiburkan itu, tiada siapa menjangka kemunculan cameo Emme.
Anak perempuannya itu disertai oleh koir kanak-kanak dan menyanyikan lagu Born in The USA nyanyian asal Bruce Springsteen sebelum dia disertai oleh J Lo untuk menyanyikan lagu Lets Get Loud.
Rata-rata warga net bertanyakan sama ada itu merupakan anak perempuan J Lo.
Bagi korang yang baru ingin mengenali siapakah Emme dan bagaimana dia mendapat keyakinan untuk menyanyi di hadapan berjuta-juta penonton pada usia 11 tahun, ini dia 5 fakta mengenainya.
01
Emme Maribel merupakan anak kembar bersama adiknya, Maximilian David Muniz ataupun Max. Mereka merupakan cahaya mata kepada Jennifer Lopez dan Marc Anthony.
02
Semasa kecil, Emme akan menyanyikan lagu ibunya di mesin karaoke manakala Max akan menari di sebelahnya. Nampaknya Max juga mempunyai minat menari seperti J Lo.
J Lo pernah berkata Max adalah seperti dirinya dan Emme mempunyai suara yang lunak seperti Marc.
Emme pernah mengejutkan ramai orang apabila dia menyanyikan lagu If I Ain’t Got You oleh Alicia Keys semasa dia mengikut J Lo ke lokasi Today Summer Concert Series.
04
Emme juga selalu mengikut ibunya untuk menyanyi di atas pentas! Antaranya adalah semasa acara JLo It’s My Party Tour.
Emme juga rapat dengan kakak dan tirinya iaitu Ella dan Natasha (anak kepada Alex Rodriguez) dan pernah menyanyi lagu secara akustik semasa musim Krismas 2018.
Ada selebriti terkenal yang seboleh mungkin melarang anak mereka untuk menyertai Hollywood. Namun J Lo mengakui anaknya itu mempunyai kelebihan menyanyi sejak kecil dan tidak kisah jika dia ingin menjadi seperti dirinya dan ayahnya, Marc Anthony.
“Jika ini yang ingin dilakukannya, tiada apa yang boleh kami lakukan untuk menghentinya.
“Dulu semasa saya baru bermula, saya tahu saya ingin menjadi artis dan tiada siapa boleh menghentikan saya. Tetapi saya tak akan memaksanya untuk menyanyi. Saya akan menolongmya sebaik mungkin sebagai seorang mentor.”
*
Tonton persembahan penuh Shakira & Jennifer Lopez di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...