Ada saja pihak yang tidak berpuas hati setiap kali sesebuah syarikat dan seorang individu itu berjaya dalam karier dan kehidupannya.
Terbaru, dua buah cawangan jenama minuman boba sedap iaitu Xing Fu Tang telah disimbah cat merah dan ini bukanlah kejadian kali pertama yang dihadapi oleh mereka.
Menurut wakil Xing Fu Tang Malaysia, dua buah cawangan tersebut yang terletak di SS15 Subang Jaya dan di Sri Petaling telahpun menerima nasib yang sama sekerap 5 kali! Ia bermula sejak 17 Oktober lalu hingga 26 Oktober.
Ini jelas menunjukkan ada pihak yang sengaja mencari gaduh dengan mereka.
Dalam kenyataan Xing Fu Tang Malaysia di Facebook, mereka telahpun membuat laporan polis dan menghantar rakaman CCTV insiden tersebut kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Mereka juga enggan mengaku kalah kepada perbuatan keji tersebut dan akan meneruskan perniagaan seperti biasa.
*
Untuk pengetahuan korang, jenama Xing Fu Tang ‘dibawa’ masuk ke Malaysia oleh syarikat bernama Collab Working Lifestyle.
Kini, mereka dilaporkan sedang bertelingkah dengan syarikat induk yang berpangkalan di Taiwan. Xing Fu Tang Taiwan telah menuduh Collab Working Lifestyle mengenakan permintaan yang tak munasabah.
Ini termasuklah mengenai pembelian mesin boba berbentuk hati yang berharga RM120,000 untuk kesemua cawangan Xing Fu Tang Malaysia. Namun perkara itu disangkal oleh Collab Working Lifestyle.
*
Hhm, ini bukanlah kali pertama pertelingkahan dalam dunia Food & Beverages berlaku di Malaysia. Sebelum ini kalau korang masih ingat, Chatime dan Tealive juga pernah bertelingkah.
ARTIKEL BERKAITAN: Chatime Tawar Diri Ambil Semula Staf Tealive Susulan Francais Ditutup?
Harapnya siasatan terhadap perbuatan simbah cat ini dapat ditamatkan dengan menangkap siapakah punca di sebaliknya.