July is being good to us (so far) guys kerana terdapat 5 menu baru yang harus korang cuba pada bulan ini. Tambahan lagi ada di antaranya ditawarkan hanya untuk tempoh masa terhad.
Salted Egg Aiskleem
Yup gaiss, aiskrim berperisa telur asin kini boleh dicuba.
Menurut wakil 7-Eleven, aiskrim aiskleem ini mempunyai perisa yang ‘unik’ dan pedas. Hhm.. Pada harga RM2.50 saja, korang boleh mencubanya di cawangan terpilih mereka di seluruh Malaysia. Lihat senarai stor terpilih di sini.
Korean Sensasi
Bagi peminat Marrybrown, pasti korang tahu tentang menu Korean yang mereka perkenalkan buat kali pertama pada tahun lepas. Kali ini, Marrybrown akan menawarkan kombo Burger Ayam Terhangat dan Kepak Ayam Terhangat untuk korang yang ‘gilakan’ rasa pedas-pedas manis Korea.
Ia telah mula ditawarkan semalam sehingga 1 September 2019 kelak di kesemua cawangan Marrybrown seluruh negara.
Sofuto
Okay nama je susah nak sebut, tetapi Sofuto itu bermaksud aiskrim. Pada bulan Julai ini, Family Mart perkenalkan satu lagi perisa aiskrim baru iaitu Mediterranean Sea Salt Sofuto.
Ditawarkan dalam bentuk kon perisa biasa atau kon coklat, ia mempunyai rasa daun spirulina. Hhm macam mana agaknya rasa aiskrim ini?
Karamel Popcorn
Coklat campur popcorn = heaven!
Penulis sudahpun tertarik dengan perisa terbaru KitKat Caramel Popcorn ini sejak membuka plastiknya lagi.
Bau wangi popcorn amat jelas, namun selepas mengambil gigitan pertama, ia tidaklah terlalu manis seperti yang kami takutkan.
Dari sekarang hingga akhir bulan Ogos, korang boleh mendapatkan pek kecil pada harga RM1.50 manakala pek kongsi pula berharga RM6.50.
Aiskrim Yogurt Berperisa Kiwi, Mangga dan Strawberi
Berlainan daripada 3 jenama yang telah disebut di atas, Haagen-Dazs pula tak akan menawarkan menu baru di dalam kedai tetapi menerusi van jelajah.
Mereka sedang menawarkan perisa yogurt Kiwi & Mango serta aiskrim yogurt Strawberi yang amat bersesuaian dengan cuaca panas Malaysia sekarang.
Dua buah lokasi yang akan dikunjungi mereka pada bulan Julai ini ialah pintu masuk utama Sunway Putra Mall (6 Julai, Sabtu) dan pintu masuk Jalan Peel, Sunway Velocity Mall (7 Julai, Ahad).