Di sana-sini sekarang, orang ramai sedang rancak bercerita mengenai Menu Rahmah yang menawarkan hidangan berharga RM5 khusus bagi golongan B40.
Tambah menarik apabila menu Rahmah turut mendapat sambutan ramai daripada para peniaga sendiri yang menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Lancar Menu Rahmah RM5 Di 15,000 Premis, 15 Info Korang Perlu Tahu!
Jom! REMAJA kongsikan senarai lima buah kedai yang menawarkan Menu Rahmah untuk korang cuba.
1. CHATIME MALAYSIA
Pearl Milk Tea atau Grass Jelly Milk Tea pada harga RM5 sahaja di mana-mana cawangan Chatime. Hanya available dari 3 hingga 6 petang.
2.MYDIN
Pada harga RM4.90, korang akan mendapat set makanan tengahari atau makanan malam di bahagian ‘Ready-To-Eat’ dekat pasar raya Mydin terpilih. Menu Rahmah Mydin agak istimewa kerana ia berbeza mengikut hari.
3. MIOS KITCHEN
Seriuslah, grilled chicken chop hanya berharga RM4.90 sahaja? Mios Kitchen tidak ketinggalan menyahut seruan menu Rahmah ini. Menu ini hanya valid
bagi yang makan secara dine-in sahaja. Tiada waktu tertentu untuk promo dan tertakluk pada terma & syarat.
4. Durians Atok
Peniaga durian juga tidak ketinggalan memperkenalkan pakej ‘Durian Rahmah’ dengan menjual raja buah itu pada harga RM4.99 sebekas.
Khairul Fahmy Md Yasin yang merupakan pengusaha gerai Durians Atok berkata, inisiatif yang dilaksanakan sejak minggu lepas ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan dan menarik pembeli sehingga dari selatan tanah air ke gerainya.
5. RESTORAN ALI MAJU
Untuk info, menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan ini menawarkan hidangan makanan tengah hari atau malam pada harga RM5 di 15,000 premis makanan, khusus untuk golongan miskin tegar.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan boleh menikmati bersama keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.