Nenek moyang kita dahulu memang mengunakan air sejuk setiap kali dorang mandi pada waktu pagi. Tapi dengan kemodenan masa kini, alat pemanas air sudah menjadi satu peralatan “wajib ada” di setiap rumah pada zaman sekarang.
Tapi korang sedar tak banyak sebenarnya kelebihan bila kita mandi dengan air sejuk. Selain menyegarkan badan, sebenarnya ia juga mampu mencantikkan kulit korang.
Jom lihat perkongsian menarik daripada laman web Bright Side, ini akan terjadi pada kulit korang jika mengamalkan mandi air sejuk secara berterusan. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya kita tawakal pada yang Maha Kuasa.
Air sejuk membantu meningkatkan peredaran darah. Untuk wajah pula, ini mungkin memberi kesan berseri dan kelihatan lebih sihat. Anda tidak perlu terlalu lama dalam keadaan sejuk, mandian dengan air sejuk atau suam-suam suku cukup untuk menyihatkan kulit.
2. Awet Muda
Kebiasaan mandi air sejuk setiap hari membantu kulit kekal lebih muda. Air sejuk mengaktifkan sistem saraf anda, dan tubuh mengeluarkan hormon dan bahan kimia di otak yang melawan tekanan.
Kajian menunjukkan bahawa tekanan psikologi mempunyai kesan langsung pada penuaan kulit dan memberi kesan negatif kepada banyak sistem di dalam badan.
3. Bye!!! liang pori terbuka
Air sejuk mengurangkan penampilan liang pori. Ia membantu memberi kesegaran pada wajah dan meningkatkan kecerahan kulit. Kerana air sejuk dapat menyebabkan memanpatkan saluran darah, wajah mungkin kelihatan tidak bengkak atau merah lagi.
4. Melegakan ketidakselesaan pada kulit
Walaupun pancuran air panas memberi kesan pada kulit, menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, bahkan mengelupas, air sejuk pula sebaliknya. Bagi yang mengalami kulit gatal, pancuran air sejuk dapat membantu mengatasi sensasi untuk menggaru.
Menyejukkan kulit dengan mandian air sejuk juga dapat membantu mengurangkan rasa gatal yang disebabkan oleh psoriasis.
5. Mencegah keadaan kulit yang berkaitan dengan tekanan
Mandi air sejuk menghantar sejumlah besar impulse elektrik ke otak dan merangsang pembebasan ‘hormon gembira’ atau endorfin. Apabila bahan kimia ini dilepaskan oleh tubuh, tahap tekanan menurun dan anda tidak akan mengalami banyak masalah kulit seperti jerawat, psoriasis, dan dermatitis.
Bagaimana pun sebenarnya, mandi air panas dan mandi air sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang tersendiri pada tubuh. Selamat mencuba!