Pada zaman sekarang ramai remaja dan anak muda yang terus bekerja selepas tamat sekolah. Kadangkala ia berlaku bukan kerana kehendak diri sendiri tetapi mungkin disebabkan terpaksa akibat kesemptian hidup atau ingin membantu keluarga.

Namun ia tidak bermakna ruang untuk mereka mendapatkan pendidikan pada masa akan datang terus tertutup begitu sahaja. Hampir keseluruhan IPTA kini menawarkan pelbagai program pendidikan sambilan dan juga pendidikan jarak jauh.

Dan program-program yang ditawarkan ini mempunyai pelbagai corak latihan dan kelas yang pastinya memberikan kemudahan buat orang muda yang bekerja untuk sambung belajar.

Walaupun ia memerlukan komitmen tinggi dan pengorbanan dari segi masa yang sangat besar, mereka sebenarnya mendapat banyak manfaat yang mereka sendiri tidak menjangkanya.

Apakah kelebihan itu?

Ads

1. Boleh bekerja sambil belajar

5 Kelebihan Orang Yang Bekerja & Belajar Secara Sambilan Perolehi

Antara sebab utama mengapa seseorang memilih untuk belajar secara sambilan atau jarak jauh kerana mereka memiliki kerjaya. Inilah antara kelebihan yang pelajar sambilan akan perolehi. Kerja tidak terganggu dan dalam masa yang sama boleh menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Jadi bila sudah tamat belajar nanti bukan sahaj sudah ada segulung ijazah tetapi pengalaman kerja yang lama. Cuma ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi untuk pastikan ia berjaya.

2. Meluaskan rangkaian kenalan dan peluang kerja

5 Kelebihan Orang Yang Bekerja & Belajar Secara Sambilan Perolehi

Ads

Bila menyertai program sebagai pelajar sambilan atau jarak jaug pastikan kamu akan ke kuliah. Dan di sinilah akmu akan berjumpa dengan pelbagai golongan sama semi profesional atau profesional dalam pelbagai bidang. Mungkin ada kenalan rakan sekuliah yang dihadari beberapa kali dalam sebulan merupakan orang sudah berjaya dalam bisnes. Dalam masa yang sama kamu boleh berkawan, belajar dan mungkin mencari peluang yang baik untuk masa akan datang. Ia juga membantu meningkatkan skil bersosial dengan lebih baik dan rangkaian sosial kamu juga bertambah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ini Kongsi Mengapa KPM Merupakan Antara Opsyen Terbaik Lepasan SPM

3. Semakin hebat mengatur masa

5 Kelebihan Orang Yang Bekerja & Belajar Secara Sambilan Perolehi

Ads

Seperti mana yang kita ketahui mengikuti program belajar sevara sambilan ini menuntut komitmen yang sangat tinggi. Dengan bebanan tugas di tempat kerja, kamu perlu pandai bahagikan masa untuk ke kelas dan juga belajar. Tapi jangan risau kerana perkara ini secara tidak langsung mendidik kamu menjadi seorang yang sangat berdisiplin dan pandai mengatur masa. Dan orang yang pandai menggunakan masanya dengan sebaik mungkin ialah orang yang paling berjaya.

4. Dapat pensyarah yang lebih fleksibel & memahami

5 Kelebihan Orang Yang Bekerja & Belajar Secara Sambilan Perolehi

Ini juga salah satu kelebihan yang pelajar sambilan atau jarak jauh akan perolehi. Para pensyarah yang mengajar kamu akan lebih memahami kamu yang selain belajar terpaksa berdepan dengan pelbagai tugasan kerja. Jadi mereka akan lebih bertoleransi dan memberikan tugasan yang kadarnya lebih sedikit berbanding pelajar separuh masa. Ia bukanlah bermakna mereka tidak serius tetapi perhatian lebih terperinci yang spesifik diberikan kepada kamu.

5. Lebih hargai waktu riadah

5 Kelebihan Orang Yang Bekerja & Belajar Secara Sambilan Perolehi

Bila bekerja dan pada masa yang sama bergelar sebagai pelajar sambilan pastinya kamu tidak mempunyai masa yang banyak untuk lakukan aktiviti riadah. Oleh sebab itu bila kamu berpeluang untuk berehat atau melakukan aktiviti riadah ia menjadi lebih bermakna buat kamu. Sekali-sekala bebas dari tugasan kerja dan pelajaran pastinya mampu meningkatkan semangat kamu dengan lebih hebat!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI