Happy Bachelor’s Day : 5 Kelebihan Orang Single Je Dapat Rasa

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Tak semua orang bersedia atau mahu menjalani hubungan cinta.

 

Kenapa nak paksa diri kalau rasa masih belum bersedia untuk memberi komitmen kepada seseorang, betul tak?

Walaupun ramai yang berpendapat golongan single ini menerima ‘nasib’ sebegini kerana perlu fokus kepada kerja, pelajaran dan keluarga, ada juga yang memilih kehidupan kerana selesa dengannya.

Sempena Single Day ataupun Bachelor’s Day yang disambut di China pada hari ini – 11 November, nah kami senarai 5 kelebihan sebagai orang single.

 

01

Boleh Ke Mana Sahaja Dengan Bebas

Sumber Foto : Newsweek

Bayangkan reaksi pasangan jika korang secara tiba-tiba memberitahunya ingin melancong ke sana-sini, ingin menyambung pelajaran di luar negara atau paling senang, ingin merantau ke negeri lain. Semestinya dia akan ‘meletup’ dan korang akan terlibat dalam satu perbincangan panjang lebar.

Berbeza dengan orang single, mereka tidak perlu risaukan itu semua. Nak ke mana je, tak perlu fikir panjang. Book tiket, terus pergi!

 

 

02

Boleh Berkenalan Tanpa Had

Sumber Foto : Pinterest

Let’s face it, semua orang suka berkawan dan mengenali individu baru dalam hidup mereka, baik lelaki ataupun perempuan. Tapi tidak semua orang yang boleh menerima jika pasangan mereka berkenalan dengan orang lain di media sosial dan di luar.

Lebih parah lagi jika pasangan itu bersifat insecure dengan diri sendiri dan mempunyai isu cemburu buta. Yang penting, orang single tak berdepan dengan itu semua.

 

 

03

Lebih Berdikari

Sumber Foto : Pinterest

Bila sudah terlalu lama terlibat dalam hubungan cinta, secara tak langsung kita akan bergantung harap kepada pasangan. Apa-apa yang dilakukan pasti memerlukan ‘greenlight’ daripada si dia.

Kadangkala jadi rimas juga! Berbeza dengan golongan single yang dilihat lebih berdikari dalam membuat keputusan dan sentiasa bersedia untuk berdepan situasi tidak dirancang.

 

 

04

Masa Dengan Rakan-Rakan

Sumber Foto: Kpop Chingu

Ini perkara yang sudah jadi lumrah. Bila bercinta, hubungan korang dengan geng lama akan sedikit-sebanyak berubah. Selain meluangkan masa dengan lebih terhadap pasangan, kehadiran pasangan juga memerlukan korang ‘mengubah perangai’. It is not that you are not being yourself in front of him/her, tetapi kadangkala hanya rakan-rakan yang memahami perangai lama korang.

Pernah tak korang mendengar keluhan daripada rakan-rakan terhadap pasangan yang clingy dan needy? Sebagai seorang yang single, korang tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh pasangan. Nak lepak sampai Subuh pun tiada siapa peduli!

 

 

05

Emotionally Stable

Sumber Foto : Amino Apps

Okay, bukan bermaksud orang yang telah berpasangan itu tidak stabil dari segi emosi. Cuma mereka adalah ‘golongan terpilih’ yang telah bersiap sedia dengan dunia berpasangan. Tak semua orang sudah bersedia untuk hidup berdua, kadangkala dikongkong, perlu berkompromi, harus berkongsi..

Sebagai seorang yang single, REMAJA pasti korang akan bertemu dengan seseorang yang istimewa, tak lama lagi. Cuma buat masa ini, korang lebih stabil sebagai seorang yang single. Akan tiba masa yang tepat apabila si dia muncul dalam hidup korang.

Jika korang memaksa diri untuk berpasangan sedangkan hati dan minda korang merasakan tidak bersedia, korang sendiri yang akan merasa tertekan dengan perubahan yang akan berlaku.

*

Haa, bagi yang sudah berpasangan, jangan pula gatal nak clash sebabkan gaya hidup orang single! Hehe.

Published by
FZ