Urusan memilih seluar dalam sering kali dipandang remeh oleh golongan laki-laki. Bagi mereka, asal ada yang boleh dipakai, cukuplah.
Tak bang. Nampak memang benda remeh tapi untuk mengekalkan tahap keselesaan dan kebersihan seluar dalam korang, ramai lelaki yang tidak mengambil kira soal pemilihan dan penjagaan seluar dalam mereka.
Takkan mak nak ajar lagi kan? Come on, jangan bikin malu lelaki la bro.
Meh sini REMAJA nak tolong korang selesaikan beberapa kekeliruan yang sering dialami oleh lelaki tentang hal yang berkaitan dengan seluar dalam ini.
Euwww gelinya, pengotor. Jangan gelak jika kami katakana bahawa memang ada lelaki yang memakai seluar dalam berulang kali tanpa dicuci. Pelik tapi benar.
Ada hal yang lebih tragis perlu korang tahu. Pernah tak dengar soal side A dan side B seluar dalam? Ya, bagi lelaki yang pemalas, mereka akan memakai seluar dalam yang sama dengan hanya menterbalikkan bahagian seluar dalam tersebut tanpa dicuci.
Jangan gelak kak. Situasi ini memang ada terjadi di kalangan segelintir daripada golongan lelaki. Tapi lek la bro, jangan marah-marah. Kami tak kata semua lelaki mcm ni k? Hehe
Menurut penelitian yang dilakukan oleh Philip Tierno, director mikrobiologi di New York University dan merupakan seorang penulis bagi buku The Secret Life of Germs, rata-rata daripada seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi sisa kotoran yang dikeluarkan oleh penis sehingga 1/10 gram. Ini kerana kadang kala berlaku pada mereka yang tidak bersih mencuci setelah membuang air.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi korang untuk menukar seluar dalam selepas setiap kali dipakai dan lebih baik jika dicuci seluar dalam tersebut dengan air panas agar lebih bersih.
Nak sangat cepat kering, ada yang mengambil langkah mudah dengan mengeringkan seluar dalam dengan suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering.
Guys, cara ini tidak salah tapi ia akan membuatkan bahagian getah seluar dalam tersebut menjadi longgar sehingga senang untuk melorot.
Oleh itu, better korang keringkannya dengan suhu yang lebih rendah atau lebih baik lagi jika dikeringkan secara alami, iaitu di bawah sinaran matahari.
Pakaian putih mudah terkena kotoran, begitu juga dengan seluar dalam. Jika tidak mahu seluar dalam korang tu bercop-cop dengan kotoran degil, maka janganlah gatal-gatal nak pilih warna putih.
Tak seksi la kan kalau seluar dalam penuh dengan kotoran. Geli wey. Jadi untuk tip selamat, pilih warna-warna gelap seperti hitam, biru tua atau pun kelabu. Confirm nampak lebih jantan. Hiks!
Kalau korang rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat korang lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, korang memang silap besar.
Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah korang. Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.
Sebelum membeli, check terlebih dahulu material yang digunakan. Ingat, seluar dalam berfungsi untuk melindungi daerah sensitif korang, so pilih material yang sesuai seperti kain cotton kerana ia lebih ringan dan sejuk.
Apabila kawasan sensitif korang tu mula berpeluh, lembap dan mengeluarkan bau, pasti tidak menyenangkan bukan? Jadi, kerana itulah bahan cotton dilihat sangat sesuai untuk material seluar dalam kerana ia dapat membantu menyerap peluh dengan baik.