5 Kesilapan Besar Yang Sering Perempuan Lakukan Selepas Putus Cinta

Share

Tiada siapa pun yang mahu berdepan dengan pengalaman putus cinta. Walaupun ia berbeza-beza untuk setiap individu namun percayalah ia merupakan pengalaman pahit yang tiada siapa pun mahu alaminya.

Terdapat pelbagai alasan mengapa sebuah hubungan itu berakhir. Ada yang berpisah disebabkan kemunculan orang ketiga, tiada persefahaman dan juga sudah muak atau tidak tahan dengan perlakuan si dia yang telah lama dipendam.

Fasa patah hati merupakan tempoh yang sangat fragile atau rapuh bagi setiap orang tidak kiralah untuk lelaki atau perempuan. Tapi kali ini Remaja ingin perkatakan untuk golongan perempuan.

Ada sesetengah daripada kamu dapat menerima perpisahan dengan baik dan terus move on. Namun, ada juga orang yang lakukan perkara bukan-bukan. Kadangkala bukan sahaja boleh memalukan diri sendiri tapi boleh beri kesan kepada orang lain.

Contohnya lima perkara di bawah. Girls, tolong jangan lakukan perkara-perkara yang Remaja nyatakan di sini ya! 🙂

1. Mengadu domba di laman media sosial

Baru sahaja break up tidak sampai sejam terus dikongsikan di laman media sosial. Segala cerita bersifat peribadi juga dikongsi bersama ratusan rakan-rakan di laman media sosial. Ketahuilah perbuatan ini hanya memalukan dirimu sendiri. Jangan mengharapkan orang menaburkan kata simpati kerana perbuatan ini dianggap gila perhatian. Malah, kamu juga mungkin akan diterrtawakan kerana membawa hal peribadi ke tempat tidak sesuai!

2. Mengata dan mengutuk bekas kekasih

Bila bersama apa sahaja yang dilakukan oleh si dia buat kamu manis belaka. Nah, bila sudah putus segala perihal buruk di mata kamu dikongsikan kepada umum. This is a big NO, guys! Tak kiralah sama ada kamu mengata bekas kekasih secara langsung atau di laman media sosial sekaipun, perbuatan ini hanya memburukkan imej kamu. Malah, mungkin ada yang beranggapan kamu ini tidak boleh move on. Just get over with it, be positive

dan terus melangkah ke depan. You’re better than that sister!

Artikel Berkaitan: 10 Perkara Yang Hanya Pasangan Bercinta Jarak Jauh Sahaja Faham

3. Menyendiri dan berkurung terlalu lama

Semua orang akan ambil masa berbeza untuk menyembuhkan luka akibat perpisahan. Itu semua orang akan faham. Malah, rakan-rakan kamu juga akan berikan ruang untuk kamu melupakan apa yang terjadi. Tapi ingatlah jangan disebabkan seorang lelaki kamu menjadi murung terlalu lama. Ini kerana ia boleh menjejaskan hubungan kamu dengan orang lain juga. Tidak perlu untuk meratap sedih sepanjang masa. Yang lepas biarkan berlalu, mungkin ada lelaki yang lebih baik daripada dia untukmu di luar sana! Bak kata Elsa, let it gooo, let it gooo!

4. Pantas cari pengganti yang bersifat rebound

Kata orang putih, bila putus cinta maka kamu laju saja cari pengganti yang akhirnya bersifat sebagai ‘rebound’ sahaja. Elakkan daripada menjadi begini. Tidak salah untuk cepat jatuh cinta dan move on

dengan segera selepas putus cinta. Tetapi janganlah kamu lakukan itu semata-mata untuk lupakan kekasih lama. Ini bukan sahaja tidak adil buat jejaka baru dalam hidupmu tetapi ia buat kamu menjadi seorang gadis tidak jujur dengan diri sendiri.

5. Sering stalk laman media sosial bekas kekasih

Ini juga antara perkara yang perlu kamu jauhi. Selepas berpisah, ambil esdikit masa untuk kamu lupakan dia dan terus move on. Jika dalam sehari empat, lima kamu stalk Instagram dia sampai bila boleh move on? Jangan jadikan bekas kekasih kamu sebagai titik fokus hidup kamu. Adakah berbaloi untuk kamu menyeksa diri demi seorang lelaki yang sudah berpisah dengan kamu.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim