5 Khasiat Air Beras Untuk Rambut Rosak Dan Cara Menggunakannya..

Share

Petua air beras ini sebenarnya dah lama digunapakai oleh nenek dan ibu kita dahulu waktu muda. Sememangnya air beras sendiri banyak khasiat, bukan sahaja untuk raut wajah, tetapi juga bagus untuk rambut, dan sebagainya.

Nasi yang sudah semestinya menjadi makanan ruji orang Malaysia kerana tanpanya memang tak lengkaplah santapan pagi, tengahari atau malam kita. Kalau makan lauk, mestilah kena ada nasi kan? Tapi korang tahu tak, daripada korang basuh beras dan buang air dia macam tu saja, lebih baik kalau ‘simpan’ sedikit air tu, dan gunakannya untuk rambut dan kulit korang..

Okay sebenarnya apa yang menyebabkan air beras ni bagus? Jom tengok apa yang terkandung dalam air beras..

  1. Asid Amino

Asid amino ni sebenarnya bagus untuk menjaga kesihatan rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru. Sangat sesuai untuk rambut yang gugur. Tak perlu lah korang cari produk rambut mahal semata untuk elak keguguran rambut, dalam air beras pun dah ada khasiat ni.

2.Vitamin E

Kaya dengan khasiat antioksidan ianya mampu memperbaiki batang rambut yang rosak. Jadi korang yang suka bleach rambut tu, vitamin E ni bagus untuk rambut korang yang rosak atau bercabang.

3. Vitamin B

Baik untuk membekalkan oksigen dan nutrisi ke kulit kepala.

4. Anti-Oksidan

Anti-oksidan ni penting untuk mencegah rambut kering dan kusut juga. Kalau korang sejenis yang sikat rambut lepas tu tersekat pada skala 6 tu, boleh lah cuba.

5. Pelbagai macam jenis mineral

Orang kata produk rambut kan ada bahan kimia dia juga yang tersendiri, sebab itulah tak elok untuk kita syampu kepala secara kerap. Jadi kadang-kadang, bahan yang natural macam ni lah sebenarnya bagus untuk kesihatan rambut kita.

So, macam mana cara nak buat dia? mudah saja, walaupun ada tiga cara berlainan, tapi yang paling mudah untuk dibuat adalah hanya menggunakan air saringan beras yang korang guna waktu nak masak nasi tu..

Korang boleh simpan air beras tu dalam bekas spray saja! Lepas tu guna jelah..

Ini antara cara mudah untuk korang gunakan air beras ini:

  1. Sebagai masker rambut
  • Guna air beras dengan syampu.
  • Bilas sampai bersih, dan tuangkan semua air beras itu tadi ke seluruh rambut korang.
  • Urut sedikit dekat kulit kepala selama beberapa saat.
  • Biarkan selama 20 minit
  • Bilas rambut dengan air panas. Tapi janganlah panas sampai terbakar kulit kepala korang.. agak-agak je lah.

2. Guna sebagai conditioner

  • Campur air beras dengan apa-apa jenis minyak essensial kesukaan korang, rosemary, lavender, atau banyak lagi.
  • Cuci rambut korang dengan syampu.
  • Tuangkan air beras ke seluruh rambut.
  • Biar dekat atas rambut korang selama 5-10 minit.
  • Bilas rambut dengan bersih.

3. Guna sebagai perawatan kulit kepala

Korang boleh tambah apa-apa bahan lain untuk rambut korang kalau ianya masih kusut.

  • Campur satu mangkuk air beras dengan 2 sudu masak mustard.
  • Kacau hingga bahan menjadi likat.
  • Tambah 1 sudu masak minyak zaitun, kacau dengan rata.
  • Gunakan pada kulit kepala sahaja.
  • Biar selama 20 minit, kemudian bilas dan syampu rambut.

Baru-baru ini pun viral di Tiktok dimana ramai menggunakan petua air beras ini untuk rambut yang lebih lembut dan juga lebih sihat. Tapi, menggunakan air beras setiap hari juga mungkin akan membuatkan kulit kepala korang kering, jadi jangan lah guna setiap hari ye!

 

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn