5 Khasiat Bawang Putih Anda Patut Tahu. Elak Serangan Jantung Dan Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Share

Tidak sah kalau dalam masakan tidak disertakan dengan tumisan atau renehan bawang putih untuk membangkitkan aroma dan rasa. Lebih-lebih lagi dalam resipi masakan cina yang banyak menggunakan bahan ini.

Tahukah anda yang bawang putih sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita? Menurut laporan ia sangat berguna dalam membunuh parasit dan juga membantu memulihkan sistem pernafasan dan sistem penghadaman.

Kredit gambar: Pexels/Nick Collins

Berikut adalah antara khasiat lain bawang putih :-

  1. Berfungsi sebagai anti bakteria.
  2. Sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
  3. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
  4. Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
  5. Membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.

Banyakkan khasiat bahan semulajadi ini? So

kalau memasak pastikan bawang putih antara bahan yang perlu dimasukkan.

Penulis suka buat bawang putih panggang. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Panggang selabu bawang putih (potong bahagian atas secara melintang. Kemudian tabur sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Balut dalam aluminium foil) selama 30 minit di dalam ketuhar dan kemudian sapukan isi bawang putih yang telah lembut ke atas roti gandum penuh yang dibakar. Memang sedap!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER : Website HKP MOH (Hospital Kuala Penyu, Ministry of Health)

Published by
Fiezreen