5 Lokasi Instagram-Worthy Di KL Yang Kamu Mungkin Terlepas Pandang

Share

Isi Kandungan

Toggle

Kuala Lumpur punya lokasi misteri untuk pengguna Instagram.

Sebagai penduduk bandaraya Kuala Lumpur, korang mungkin aware dengan beberapa hot spot yang popular di kalangan masyarakat Malaysia dan pelancong asing. Menara Kuala Lumpur, menara berkembar KLCC, bangunan APW dan beberapa lagi spot popular merupakan lokasi wajib untuk seorang pengguna Instagram masukkan dalam koleksi foto mereka.

PULP by Papa Pelheta di APW Bangsar. IG: @ashraffmoghni

Namun, Kuala Lumpur sebenarnya mempunyai beberapa lagi spot menarik untuk dimasukkan dalam senarai korang. Cuma kita kena lebih peka dengan keberadaannya.

* * * * *

01

KL Forest Eco Park

 

Inilah dia hutan hujan asli Kuala Lumpur yang masih bertahan. Tidak jauh terletak dari Menara KL, ia juga merupakan antara hutan yang paling lama dipelihara agar ia terjaga dan tidak dimusnahkan.

Dahulunya ia digelar sebagai Bukit Nanas Forest Reserve, kini dengan penjenamaan semula, korang boleh menikmati laluan jambatan tergantung sepanjang 200 meter untuk mengambil gambar Kuala Lumpur dari udara.

 

* * * * *

02

Merchant’s Lane

IG: @y.liao

 

Dahulunya, laluan ini hanyalah sebahagian daripada kawasan Petaling Street yang dipenuhi dengan kedai. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan ini sudah berubah wajah sebagai laluan kafe cantik.

Antara kafe menarik di sini ialah Merchant’s Lane yang menyediakan pelbagai jenis menu masakan. Fusion, masakan Melayu, Chinese food – just name it. Ia juga mengingatkan penulis kepada kafe di Penang dan Singapura.

 

* * * * *

03

Serani Row

Dari kiri laluan Jalan Raja Chulan, korang dapat melihat kelompok bangunan lama yang telah berubah wajah menjadi lebih artsy dengan lukisan mural.

Serani Row yang dibina pada tahun 1930 dahulunya merupakan kediaman komuniti elit Eurasian. Golongan lord lah ni. Kini, ia menempatkan beberapa buah kafe menarik seperti untuk dikunjungi. Do not miss your chance untuk mengambil gambar di restoran ‘Pampas’ & ‘Antara’.

 

* * * * *

04

Zhongshan Building

IG: @tucksum

 

Dibina pada era 1950-an, Zhongshan Building yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada kawasan kedai di Kampung Attap kini bertindak sebagai hab seni bagi golongan independent (indie).

Dibiaya oleh Think City, ia menjadi lokasi terbaik yang menganjurkan beberapa acara pameran atau weekend activities yang berkaitan dengan dunia seni halus. Jika korang mencari studio risograph printing

dan kedai rekod lama, muzik dan berbual dengan golongan remaja indie, this is the place.

* * * * *

05

Chocha Foodstore

IG: @iamnazirul

 

Juga sebuah lagi kafe yang terletak di Petaling Street, restoran yang mempunyai dekorasi dalaman yang cukup menarik ini membuatkan foto korang di Instagram lebih autentik. Mesta akan ada followers yang bertanya di manakah terletaknya kafe ini.

Jika kamu merupakan first timer di Chocha Foodstore, penulis mencadangkan agar korang memesan seteko teh Cina dan nikmati the calmest conversation di sini bersama rakan.

Published by
FZ