5 Makhluk Mistik Legenda Dari Filipina Yang Mengerikan, Hati-Hati Kalau Korang Terjumpa..

Share

Makhluk halus ni memang dah disebut dalam Al-Quran tentang kewujudannya. Jin, Iblis dan Syaitan boleh berubah bentuk dan boleh menyerupai manusia juga. Di Malaysia sahaja pun kita dah ada banyak jenis makhluk mistik yang tok nenek kita pernah ceritakan pada kita waktu kecil dahulu.

Tahu tak korang sebenarnya di Filipina pun mereka ada mahkluk mistik legenda zaman dahulu kala yang mengerikan. Selain daripada keindahan pulaunya yang cantik, Filipina juga merupakan salah satu negara yang mempunyai makhluk mistik yang banyak!

Dikatakan jika korang terjumpa makhluk-makhluk ini semasa bercuti di pulau-pulau sekitar Filipina, cepat-cepatlah lari sepantas kilat.

Ini antara 5 jenis makhluk mistik legenda yang wujud di Filipina:

  1. Tikbalang

Digelar sebagai jelmaan yang mempunyai susuk badan separuh manusia dan separuh haiwan, makhluk ini mempunyai badan yang sasa tetapi berkepala kuda. Tikbalang

ini merupakan salah satu makhluk mistik yang digeruni, dan ditakuti disana.
Sumber: Barok and Takya

Makhluk ini wujud di sekitar pergunungan yang dalam dan dikatakan ianya akan melihat setiap gerak geri manusia yang masuk ke dalam kawasannya dan memerhati mereka. Mengikut kepercayaan orang Filipina, mereka menggelar makhluk ini sebagai mischievous god kerana kebolehupayaan makhluk ini untuk menipu manusia dan membuat mereka sesat didalam hutan secara sengaja.

Dikatakan cara untuk memecahkan tipu helah makhluk ini adalah dengan memakai baju korang secara terbalik, dan mungkin korang akan dapat jumpa jalan keluar semula.

2. Tiyanak 

Sumber: Barok and Takya

Tiyanak ni lebih kurang macam pontianak dekat Malaysia je lah, tapi bezanya makhluk ni menyerupai seorang bayi kecil yang menangis di hutan, dan makhluk ni makan daging manusia tau!

Helah Tiyanak ni, dia akan menangis, lepas tu bila ada manusia yang datang untuk nak ‘tolong’ dia, dia muncul dan mula makan orang tu.

Seram bukan? Ye lah, siapa je boleh ignore bayi menangis kan?

3. Sigbin

Sumber: Barok and Takya

Sigbin ni apa pulak? Untuk pengetahuan korang, makhluk ini merupakan seekor haiwan yang menyerupai anjing, tetapi rupanya lebih mengerikan. Para penduduk di Filipina mempercayai jika korang mengambil sigbin sebagai haiwan peliharaan, makhluk ini akan menjaga keluarga korang.

Kalau dekat Malaysia kita panggil Saka lah kan. Sama je konsep dia, makhluk ini pun makan daging mentah, dan ianya lebih suka jika dihidangkan secara segar dan baru sahaja lepas disembelih. Orang melayu pasti familiar dengan kisah bagi saka makan ayam hitam kan? ha sama lah tu!

Tetapi, kalau korang tak jaga sigbin ni betul-betul, boleh jadi keluarga korang dan diri korang adalah mangsa dia.

4. Manananggal 

Kalau di Malaysia kita gelar ianya sebagai penanggal. Makhluk ini mempunyai kepala sahaja, dan isi kandungan ususnya terburai dan ia akan keluar mencari mangsanya dan dipercayai dia akan memakan bayi yang baru lahir. Sama juga seperti Manananggal ini.

Ada yang kata kalau korang terdengar bunyi cakar di bumbung rumah, dan ada ahli keluarga korang yang sedang mengandung, ianya mungkin kerja si Manananggal ni.

Cara untuk mengalahkan makhluk ini adalah dengan menaburkan garam di sekeliling bahagian rusuk makhluk ini, tetapi korang kena carinya terlebih dahulu.

5. Wanita berbaju putih (White Lady)

Mengikut kepercayaan orang Filipina, White Lady ini sebenarnya seorang wanita yang pernah dibunuh pada suatu ketika dahulu dan kehilangan anaknya. Makhluk ini akan menangis sekuat mungkin dan sesiapa yang mendekatinya pasti akan dibunuh. Jelmaan ini sebenarnya merupakan seekor makhluk yang hanya menunggu untuk membalas dendam.

Di Mexico, makhluk ini digelar sebagai La Llorona, atau weeping woman dalam bahasa Inggerisnya.

Mungkin kalau korang pernah tengok filem The Curse of La Llorona, korang akan faham..

Sumber: IMDB

Jadi macam mana? Seram tak? Hati-hati okay kalau korang terjumpa dengan hantu-hantu ni..

Sumber: (1)

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn