5 Malam Doa Mudah Makbul, Antaranya Nisfu Syaaban Jatuh Pada Hari Ini

Share

Setiap manusia yang berhajat pastinya akan memohon doa kepada Maha Pencipta. Tak kira sama ada apa yang didoakannya itu untuk kebaikan di dunia mahu pun akhirat, pasti di antara kita mahu doanya di perkenan.

BACA LAGI : Apa-Apa Amalan Pun Tak Salah Pada Nisfu Syaaban, Malam ‘Pintu Langit’ Dibuka

Allah memang sebaik-baik pencipta yang Maha Penyayang dan Pemurah kerana ada yang Allah perkenankan doa hambaNya lebih awal bukan kerana individu itu berulang kali memohon doa kepadaNya tetapi Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk kita mendapatkan apa yang diminta.

Foto Via Pexels

Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata, Imam Syafie menuliskan dalam kitab Al-Umm bahawa terdapat lima malam yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam untuk melakukan doa yang mudah dikabulkan.

Antara malam tersebut termasuklah malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama pertama Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.

Menerusi ceramah siaran langsung di laman Facebook rasmi Ustaz Don Daniyal pada Selasa, beliau berkongsi bahawa jangan mensia-siakan hari 17 Mac 2022 nanti bersamaan malam Jumaat dan malam Nisfu Syaaban kerana malam itu adalah malam ALLAH SWT memustajabkan doa.

Foto Via Facebook

Point dia khamis ni, 17 hari bulan tiga. Hari Khamis malam Jumaat dan juga jatuh malam Nisfu Syaban. Jadi ada dua sebab, malam itu ALLAH pasti memustajabkan doa.

“Sebab itu saya beritahu berita ni nak galakkan semua orang. Tolonglah kalau boleh baca Yassin tiga kali, baca. Kalau tak boleh baca Yassin tiga kali, buat majlis pasang Al-Quran, pasang qasidah. Larikan semua TV, Smart TV, Android TV.

“Dalam kereta masa perjalanan balik kerja, buka Al-Quran, buka qasidah, puji Rasulullah, selawat. Buka lampu semua, meriahkan rumah. Bagi ayah baca kitab, mak baca kita dan makan ramai-ramai sama. Sebab itu malam Nisfu Syaaban dikatakan malam yang hidup, tidak mati,” katanya.

Menurutnya, bagi sesiapa yang menantikan doanya dimakbulkan ALLAH SWT, jangan lupa manfaatkan malam Jumaat nanti iaitu 17 Mac 2022 dengan penuhkan ibadah dan sentiasa banyakkan berdoa.

Sewajarnya umat Islam mengutip peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah.

1. Terus Berdoa

Sebuah hadis dari Abu Bakar r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

“Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syirik dan orang yang dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan)” HR al-Baihaqi

Tidak ada doa khusus yang diturunkan Baginda SAW untuk dibaca pada malam ini. Oleh itu, bacalah apa jua doa dan mintalah sebanyak-banyaknya pemintaan terutama keampunan daripada Allah SWT.

2. Banyakkan Syahadah

Kalimah syahadah adalah kalimah yang paling mulia. Kalimah ini seeloknya dibaca pada bila-bila masa terutama pada malam nisfu Syaaban.

3.Banyakkan Istighfar

Kita juga dituntut memperbanyakkan membaca istighfar untuk memohon pengampunan daripada Allah SAW. Itu kerana pada malam ini, Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hambanya kecuali dosa syirik. Hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan solat sunat dan beristigfar.

4.  Solat sunat terutama Qiamulail

Menurut Riwayat al-Hasan, para sahabat Nabi Muhammad SAW pernah menyampaikan kepadanya akan keutamaan solat nisfu Syaaban.

“Barang siapa yang mendirikan solat sunat di malam nisfu Syaaban maka Allah SWT akan memandangnya sebanyak 70 kali. Dan setiap pandangan Allah akan mengabulkan 70 keperluannya. Adapun pandangan paling dekat adalah pengampunannya.”

Lafaz niatnya adalah:

Usolli Sunnata Lailati Nisfi Sya’bana Rak’ataini Lillahi Taala 

Terjemahannya dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala

Semoga kita menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan ibadah-ibadah yang dituntut dan beroleh rahmat serta pengampunan Allah SWT

InsyaAllah, sama-sama kita maximize kelebihan yang boleh diperolehi.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang diperakui oleh ulama sebagai hadis yang paling sahih berkaitan dengan kelebihan malam Nisfu Syaaban: “ALLAH akan muncul (rahmat dan pengampunannya) kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampunkan seluruh makhluk-Nya kecuali orang yang mensyirikkan ALLAH dan orang yang saling bermusuhan.” — [ HR Al-Tabrani ] — Majoriti

ARTIKEL BERKAITAN : Doa Mustajab Untuk Cepat Dapat Jodoh, Ini Yang Boleh Korang Amalkan

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Facebook rasmi Ustaz Don Daniyal

Published by
Nana