Sebut sahaja kucing pasti kita akan terus terbayang pelbagai aksi comel yang sentiasa menghiburkan kita. Malah kucing juga menjadi antara binatang paling popular di laman media sosial terutamanya di YouTube.

Membela kucing yang kini bukan sahaja dianggap sebagai haiwan peliharaan sahaja tetapi sebagai salah satu ahli keluarga dalam masyarakat kita yang moden. Kehadiran mereka dalam hidup sering menjadi menawar duka untuk ramai orang. Dan itulah yang biasa menjadi sebab utama kenapa ramai orang membela kucing.

Antara kelebihan orang membela kucing ialah mereka menjadi lebih penyayang terhadap binatang, penyabar dan juga lebih berdisiplin. Namun terdapat lima kelebihan dan manfaat yang tak disangka dapat diperolehi oleh seseorang yang mempunyai kucing dalam hidup mereka.

Membantu menghilangkan stres

5 Manfaat Tak Disangka Kamu Dapat Bila Bela Kucing

Bayangkan hari kamu yang sangat sibuk dengan padat dengan tugasan sehinggakan rasa sangat stres. Namun bila pulang ke rumah kamu disambut ceria oleh kucing yang datang dengan manja dan minta dibelai. Mempunyai kucing memberikan impak cukup besar kepada mindset pemiliknya. Menurut saintis, jika kamu menghabiskan masa selama 15-30 minit sehari bersama kucing, minda akan lebih tenang dan positif. Apabila bersama kucing kadar serotonin (bahan kimia dalam otak) meningkat dan merendahkan kadar cortisol. Secara ringkasnya ia memberi rasa feels good!

Ads

Memberikan kesihatan lebih baik

5 Manfaat Tak Disangka Kamu Dapat Bila Bela Kucing

Percaya atau tidak menjadi seorang pemilik kucing boleh memberikan banyak manfaat kesihatan. Terdapat banyak manfaat yang boleh disebut tetapi salah satu daripadanya ialah merendahkan risiko untuk berdepan dengan serangan jantung dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Ads

Perlindungan daripada tikus

5 Manfaat Tak Disangka Kamu Dapat Bila Bela Kucing

Ia bukan lagi rahsia bahawa kebanyakan tikus cukup takut dengan kucing terutamanya di kawasan kediaman. Lihat sahaja di mana kucing menghabiskan masa bermain pasti tiada bayang seekor tikus pun akan kelihatan. Kucing liar menjadikan tikus sebagai makanan mereka tetapi berbeza untuk kucing domestik, mereka memburu tikus sebagai cabaran serta mengaktifkan naluri pemangsanya.

Ads

Bantu pulih dari trauma

5 Manfaat Tak Disangka Kamu Dapat Bila Bela Kucing

Terdapat pelbagai kajian tentang manfaat yang diberikan oleh kucing terhadap individu yang menderita masalah trauma. Sebagai contoh ramai tentera yang berdepan dengan post traumatic stress disorder atau PTSD merasa lebih tenang bila mereka diperkenalkan dengan kucing. Ini terutamanya buat seseorang yang mempunyai masalah untuk percaya kepada orang lain. Kehadiran kucing dapat membantu mereka mengatasi masalah trauma dengan memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada kucing.

Mengekalkan bentuk badan

5 Manfaat Tak Disangka Kamu Dapat Bila Bela Kucing

Dapat mengekalkan bentuk badan? Mungkin itu persoalan yang bermain di minda kamu sekarang. Ya, membela kucing sebenarnya membantu kamu untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif. Kucing merupakan haiwan yang mudah berasa bosan dan inginkan aktiviti yang aktif. Jika mereka dalam mood yang aktif dan ingin bermain, di sinilah pemilik kucing perlu memberikan perhatian. Main sorok-sorok dengan kucing? Why not! Apatah lagi kamu perlu merangkak, berlari dan bergerak ke sana-sini bersama mereka. Sceara tak langsung kamu dah bersenam!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI