Sekiranya korang lahir pada era 90-an, pastinya korang masih mengingati persembahan epik lagu berjudul Segalanya di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004.
Lagu asal nyanyian Mariah Carey berjudul My All ini diberikan nafas baharu dalam versi Bahasa Melayu dan persembahan tersebut masih diingati hingga ke hari ini disebabkan penangan vokal padu oleh lima orang penyanyi wanita Malaysia.
Mereka terdiri daripada Liza Hanim, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Misha Omar dan tentunya, penyanyi kesayangan ramai yang pergi menghadap Ilahi pada hari ini iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.
Ibaratnya seperti baru semalam kita menonton persembahan ini. Gandingan lima penyanyi bervokal lantang ini bukan sekadar hebat dari segi paduan suara saja. ‘Chemistry’ yang wujud di antara mereka adalah tulen dan ikhlas. Di atas pentas, mereka beradu suara. Namun di luar, persahabatan yang terjalin cukup utuh sehingga mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.
Berita pemergiaan arwah Siti Sarah sedikit sebanyak membuatkan skuad penyanyi Segalanya ini hiba dalam keredhaan terhadap ketentuan Ilahi. Menerusi akaun media sosial, masing-masing menitipkan doa agar arwah sejahtera di sana.
Liza Hanim
“Adik.. awak insan terpilih dik. Ya Allah, ampunkan segala dosanya dan tempatkan Sarah di kalangan hamba-hamba yang Kau kasihi. Al Fatihah buat Siti Sarah binti Raissuddin.
“Akak ingat dik, kita masa ini tengah WhatsApp sama-sama. Pasal depan kita speaker yang besar, tak boleh borak. Hihihi. Sebelah pun message ke!! Tenanglah di sana dik.”
Datuk Seri Siti Nurhaliza
“Khusnul Khotimah. InsyaAllah, SubhanAllah adikku. Kita juga akan ke tempat abadi tetapi bagaimana pengakhiran kita? Wallahu’alam. Adikku insan terpilih, Siti Sarah Raissuddin.”
Ning Baizura Dalton
“Innalillahiwainnalilahirajioun. Al Fatihah. Semoga Allah tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah. Moga Shuib dan anak-anak terus tabah. Allahuakbar.”
Misha Omar
“Innalillahi wainnailaihirojiun. Akhirnya, Sarah tinggalkan diriku dengan izin dariNya. Pemergianmu diratapi seluruh peminat industri tempatan, juga mereka yang masih aktif berkarya. Segala kebaikanmu yang terselindung di sebalik nama itu yang tidak diketahui sesiapapun selama ini bertebaran mengharum di seluruh pelusuk tanah air.
“Cuma kesetiaan yang akan Kak Chah pertaruhkan sampai ke hujung dunia, Sarah akan selalu ada dalam doa Kak Chah ya dik. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang menitipkan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada Kak Mitch selepas pemergian Allahyarham. Kerana (anda) pasti tahu Kak Mitch akan terkesan dengan kehilangan ini.
“Kepada Shuib, anda sangat hebat! InsyaAllah kekuatan yang ada padamu akan memberikan inspirasi kepada suami-suami di luar sana. Hugs to the kids dan Kak Mitch doakan semoga semua ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan melalui ujian Allah.”
*
Sesungguhnya Allah SWT ialah sebaik-baik perancang, arwah Siti Sarah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita semua. Benar apa yang dipinta Misha, teruskanlah mendoakan arwah Siti Sarah agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah
ARTIKEL BERKAITAN : SEBAK, Berkali-Kali Shuib Toleh Semasa Tinggalkan Tapak Perkuburan Siti Sarah – REMAJA
BACA LAGI : 9 Tanda Kematian Husnul Khatimah, Pengakhiran Baik Yang Diimpikan Umat Islam – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI