5 Model Kereta Yang Sesuai Dibeli Oleh Individu Gaji Bawah RM2,500

Share

Setiap anak muda mengimpikan untuk memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi buat individu yang sudah bekerja.

Namun begitu, dek kerana keghairahan ingin memiliki kereta sendiri, korang perlu tahu model kereta apa yang sesuai dibeli mengikut kemampuan pendapatan bulanan.
Komitmen kereta bukan hanya setakat membayar ansuran pinjaman setiap bulan, tapi korang juga perlu mempertimbangkan perbelanjaan lain seperti insurans kereta, cukai jalan, servis dan penyelenggaraan kereta.

Nah, kali ini kami nak kongsikan dengan korang sebuah video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai adrianchiaaa

, antara kereta-kereta yang boleh dibeli bagi individu yang mempunyai pendapatan bawah daripada RM2,500.

Jom kita semak!

1. Proton Saga 1.3 Premium AT

Harga: RM39,800
Ansuran bulanan: RM501.05

Foto: TopGear Malaysia

Kereta yang senyap, stabil di highway dan mempunyai kabin luas yang selesa. Ia boleh digunakan untuk orang bujang sehinggalah sudah bekeluarga. Ia memang sesuai untuk dijadikan sebagai kereta pertama atau kereta keluarga.

2. Perodua Axia GXtra

Harga: 33,940
Ansuran bulanan: RM 427

Foto: WapCar

Kos penggunaan rendah, jimat minyak dan senang paking.

3. Proton Iriz 1.3 Manual

Harga: RM36,700
Ansuran bulanan: RM462

Foto: piston.my

Memang sedap dipandu, handling pun mantap! Kalau nak modify sikit pun boleh, tambah spoiler, memang cun.

4. Perodua Bezza 1.3 X

Harga: RM42,551
Ansuran bulanan: RM536

Foto: Perodua

Disarankan untuk individu yang banyak berjalan, seperti pekerja sales, grab car kerana kereta ini memang jimat minyak. But kereta pun luas.

5. Perodua Myvi 1.3 X

Harga: RM44,959
Ansuran bulanan: RM566

Foto: WapCar

Ansuran bulanannya tinggi sikit, tetapi kereta ini mempunyai ruang yang agak luas, jimat minyak dan kos penyelenggaraan agak rendah.

@adrianchiaaa Gaji RM 2,500 beli BMW?! #fypmalaysia #carmalaysia ♬ reality – 混搭

Jadi, buatlah pilihan dengan bijak. Adrian juga berpesan jangan mudah terpedaya dengan influencer di media sosial yang muda-muda lagi dah beli kereta mewah. Kita haruslah memilih dan membeli kereta mengikut kemampuan masing-masing supaya tidak menyusahkan kehidupan kita di masa hadapan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman