Jika di Malaysia umat Islam perlu berpuasa lebih kurang 13 jam, ada negara yang masyarakat Islamnya perlu menahan lapar dan dahaga sehingga 20 jam.
ARTIKEL BERKAITAN : Jangan Mengeluh Penat Berpuasa, Ada Negara Lain Tahan Lapar Dahaga Sehingga 21 Jam Sehari!
Secara umum, puasa wajib dilakukan selama 30 hari di setiap negara yang penganutnya beragama Islam dan untuk durasi masa berpuasa pula bergantung kepada kedudukan geografi negara tersebut.
Menurut National News, antara negara yang puasanya lebih pendek pada tahun ini adalah New Zealand, Argentina dan Afrika Selatan yang berpuasa untuk tempoh paling singkat antara 11 dan 12 jam pada bulan ini.
1. Argentina
Sebuah bandar Argentina, Ushuaia merupakan bandar paling selatan di selatan di dunia dan merupakan ibu kota wilayah Tierra del Fuego yang merangkumi pulau-pulau Arktik Argentina dan Islas Malvinas. Islam di sini ialah satu komuniti minority Muslim terbesar yang hanya sekitar satu peratus daripada 500,00 penduduk. Waktu berpuasa mereka hanya 10 jam 37 minit iaitu sahur sekitar 7.08 pagi dan berbuka pada pukul 5.43 petang.
2. Afrika Selatan
Cape Town merupakan bandar tertua di Afrika Selatan yang mempunyai majoriti penduduk menganut agama Kristian dan dianggarkan umat Islam hanya seramai 1.9 peratus daripada 56 juta populasi penduduk di seluruh Afrika Selatan. Tempoh berpuasa bagi bandar ini hanya 11 jam 53 minit bermula 6.03 pagi sehingga 5.55 petang.
3. Chile
Santiago de Chile atau lebih dikenali sebagai Santiago ini mempunyai lebih 3,000 umat Islam di Chile pada 2010 dan kebanyakan penduduk asal negara itu mengadaptasi budaya Islam dan menukar nama mereka kepada nama orang Arab. Umat Islam di negara ini bersahur sekitar 5.59 pagi dan berbuka puasa 5.53 petang yang hanya mengambil masa 11 jam 54 minit.
4. Brazil
Rio de Janeiro bandar yang tidak asing di Brazil kerana mempunyai tempat yang menarik dan tumpuan pelancong dunia. Penduduk beragama Islam di bandar ini mempunyai temph berpuasa selama 12 jam 23 minit iaitu bersahur pada pukul 4.59 pagi dan berbuka puasa pada pukul 5.21 petang.
5. Tanzania
Dar es Salaam adalah bandaraya terbesar di Tanzania yang terletak di teluk yang tenang di pantai Lautan Hindi. Tempoh masa berpuasa umat Islam di bandar hampir sama di Malaysia.
Tempoh berpuasa mereka ialah 13 jam 4 minit bermula 5.11 pagi sehingga 6.15 petang.
Menurut National News, bagi negara yang mempunyai jarak waktu matahari terbit dan terbenam kurang dari tiga jam, fatwa semasa membolehkan penduduknya mengikut waktu puasa bandar/negara terdekat berhampirannya.
Hal ini bertepatan dengan hukum yang pernah ditulis dalam portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini. Petikan penjelasan hukum tersebut adalah seperti berikut:
- Dia perlu berpuasa seperti biasa bermula terbit matahari sehinggalah terbenam matahari. Walaupun siangnya panjang, akan tetapi malam dan siang tetap dapat dibezakan dalam tempoh 24 jam. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan waktu solat itu ada yang ditunaikan pada waktu siang dan ada yang ditunaikan pada waktu malam.
Firman Allah swt :
أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Maksudnya :” Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).”
(Surah al-Isra’ : 78)
BACA LAGI : Malam Mustajab, Ini Panduan 31 Doa Waktu Wukuf Hingga Tengah Malam
Sumber: National News, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan