Akhirnya, Malaysia sedang bergerak ke arah yang lebih positif dengan peralihan ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di lima buah negeri bermula esok. Nampaknya, usaha untuk memperkenalkan arahan yang lebih ketat di seluruh negara sejak 1 Jun lalu mula menampakkan hasil.
Lima buah negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia setelah kelima-limanya mencapai tiga nilai ambang yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, Perlis juga dikatakan sebenarnya telah mengecapi Fasa Keempat!
ARTIKEL BERKAITAN : PM Ingatkan Rakyat : Fasa Pertama Lanjut Hingga Kes Cecah Bawah 4000 – REMAJA
Nilai yang dimaksudkan termasuklah (1) jumlah kes di bawah paras 2,000 bagi seluruh negara, (2) mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus dan (3) mempunyai kapasiti katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tahap sekurang-kurangnya sederhana hingga mencukupi.
Lalu, kerajaan telah bersetuju untuk secara perlahan membenarkan lima buah negeri ini beralih ke Fasa Kedua PPN dan tidak menunggu sehingga keseluruhan negara mecapai ketiga-tiga nilai ambang itu. And we are proud of these states!
Jika korang masih ingat, Kelantan pernah berdepan kontroversi disebabkan jumlah penerima suntikan dos vaksin yang paling ramai tidak hadir ke temujanji masing-masing. Kini, kadar vaksinasi di negeri tersebut mencatatkan 11.5 peratus iaitu yang keempat tertinggi selepas Perlis (23.5 peratus), Pahang (12.1 peratus) dan Perak (11.8 peratus).
Tinjauan REMAJA ke arah respon warganet rata-rata menunjukkan reaksi balas yang positif. Sekurang-kurangnya, keputusan ini adalah adil bagi negeri yang tidak terkesan teruk dengan kes harian COVID-19.
*
Jadi apakah di antara perubahan yang bakal berlaku di kelima-lima buah negeri ini?
Antaranya termasuklah kebenaran beberapa buah stor untuk kembali beroperasi termasuklah kedai buku dan alat tulis, kedai komputer, kedai telekomunikasi, pusat mencuci kenderaan dan kedai gunting rambut serta salun.
Begitupun, pergerakan merentas di antara daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali melibatkan guru sekolah dan pelajar yang sedang mengikuti kelas persediaan peperiksaan utama. Operasi pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu juga masih tidak dibenarkan.
Dan bagi yang tertanya-tanya mengenai aktiviti keagamaan, ia kini tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
*
Yes, yes we are happy with this update.
NAMUN, rakyat di negeri-negeri Fasa Kedua ini tidak seharusnya lalai atau ‘suka sangat’ dengan sedikit kebebasan yang diberikan ini; pesan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Kanan Kewangan, Tengku Zafrul.
Ini kerana tidak mustahil untuk jumlah kes meningkat semula sekiranya rakyat tidak berjaga-jaga dengan penjagaan SOP yang ditetapkan dan mereka boleh kembali diletakkan di bawah status Fasa Pertama sekiranya jumlah kes harian mencanak naik.
Bagi kita yang berada di negeri-negeri lain, janganlah merasa ‘down’ apabila negeri kalian masih berada di Fasa Pertama.
Mengikut perkongsian mereka berdua, empat lagi buah negeri kini hampir mencatatkan paras sederhana di ICU dan sedang ke arah mencapai kadar vaksinasi 10 peratus. Empat negeri yang dimaksudkan ialah Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.
So guys, jangan merasa down. Jadikan perkembangan positif ini sebagai pemangkin dan motivasi untuk kita semua terutamanya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur cuba melandaikan jumlah kes COVID-19 dan seterusnya mencapai Fasa Kedua PPN.