Takziah diucapkan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora malam semalam.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi pemberita.
Foto: Astro Awani
Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda. Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.
Difahamkan, nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek. Kemalangan ini membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.
Pihak USAS juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka juga ada mengutip derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB BANK 7614015030 Persatuan Business Administration Students Society
Ads
Facebook: Universiti Sultan Azlan Shah – USAS
Takziah sekali lagi kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini kalau buka laman media sosial dan di mana-mana sahaja sekali pun topik perbualan utama mesti berlegar sekitar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal dilangsungkan pada 9 Mei 2018. Pelbagai ragam dan aksi calon yang bertanding serta penyokong mereka dirakamkan lensa pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Bersempena ‘demam’ pilihan raya, hari ini Remaja ingin kongsikan tentang kisah luar biasa yang berlaku di University of California, Berkeley pada baru-baru ini.
Seekor tupai dilaporkan telah memenangi kerusi di dalam senat pelajar di universiti tersebut pada pilihan raya kampus mereka. Seramai 37 orang calon telah bertanding bagi merebut 20 kerusi senat pelajar Assosiate Student of the University of California. Dan ia termasuklah ‘Furry Boi’, seekor tupai.
‘Tupai’ tersebut sebenarnya seorang pelajar yang memakai kostum bernama Stephen Boyle. Pencalonan Furry Boi dikatakan diumumkan pada bulan lalu menerusi Facebook. Menurut posting tersebut, Furry Boi dicalonkan untuk mewakili tupai-tupai kampus dan diharap mampu menjadi wakil kepada mereka di UC Berkeley.
Menerusi kempennya, Furry Boi menggunakan hashtag #ImWithFur dan #WhyNut. Kemunculan Furry Boi dikatakan telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah di kalangan pelajar. Namun di sebalik kejadian ini ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada sistem demokrasi yang diamalkan di universiti tersebut.
Surat khabar rasmi universiti, The Daily California mengecam tindakan ini dengan melabelkannya sebagai kejadian memalukan.
Namun apabila keputusan pilihan raya dikeluarkan, Furry Boi berjaya mendapat jumlah undian yang baik dan menjadi salah seorang daripada 20 wakil senat pelajar.
Penyampai berita, Raymond Goh dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada pukul 10.40 pagi tadi.
Menerusi laporan Astro Awani, difahamkan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham Raymond atau nama Islamnya, Mohd. Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar pada 30 Ogos lalu.
Sekadar informasi, penyampai berita bersuara emas itu memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Team REMAJA dan acara konsert sebenarnya bagai tiada pisah.
Demi melaporkan kepada pembaca setiap kali penyanyi/band dari Malaysia mahupun antarabangsa melakukan persembahan, sudah banyak acara konsert yang kami hadiri untuk memberikan sokongan.
Namun, tiada siapa yang dapat menjangkakan keadaan kecoh semalam di Stadium Negara sempena acara grup K-Pop: Wanna One First Fan Meeting In Kuala Lumpur.
Sejak tengah hari, ramai peminat telah berhimpun di perkarangan Stadium Negara dan di luar Sekolah Menengah Victoria Institution yang terletak bersebelahan. Itu adalah senario biasa setiap kali berlangsungnya konsert K-Pop kerana peminat berharap untuk melihat kelibat penyanyi kegemaran mereka melakukan sesi raptai.
Semua persediaan dilihat berjalan lancar.
Pada belah pagi semalam, Wanna One mengadakan sesi bertemu media di salah sebuah hotel di ibu negara dan peminat mula untuk ‘hype up’ di Twitter dan Instagram.
Menjelang dua jam sebelum konsert, keadaan di stadium masih terkawal apabila peminat tenang beratur untuk memasuki ruang stadium. Ruang berduduk di atas semuanya pantas dipenuhi ahli Wannabe.
Namun, apabila grup Wanna One hadir di atas pentas untuk menyanyikan dua single popular iaitu ‘Beautiful’ dan ‘Energetic’, kira-kira 3,600 orang peminat di ruang Rock Zone (berdiri di hadapan pentas) seakan ‘dirasuk’ dengan obsesi mereka kepada grup itu.
Dari pandangan penulis di bahagian atas pentas, kami dapat melihat bagaikan ada lambungan ombak penonton dari arah belakang yang menolak mereka di hadapan untuk mendekatkan diri ke pentas.
“OMG, are they okay?!” sahut seorang rakan media dari portal hiburan K-Pop. Kami di atas langsung tidak tenteram apabila melihat mereka bersesak di bawah. Tambahan pula, kebanyakannya adalah peminat perempuan dan rata-rata berusia muda dari 16 ke 25 tahun. Apabila ditolak sebegitu rupa, mereka tak dapat mengawal diri dan mungkin cedera.
Dan kami pun hairan, mengapa jumlah penonton di Rock Zone boleh ‘dihimpitkan’ sebegitu ramai. It was truly overcrowded than usual.
Tamat dua persembahan itu, Wanna One ingin memperkenalkan diri kepada peminat.
Disebabkan situasi tolak-menolak, ahli grup Dae Hwi bersuara, “Please be safe! Someone might get hurt down there. Please stop pushing. Your safety is our top priotity,” tegasnya.
Ahli Wanna One yang lain juga menunjukkan reaksi wajah risau dan tidak tenteram apabila peminat masih enggan bertenang. Situasi itu memaksa grup berundur semula ke belakang pentas dan konsert tertangguh selama 1 jam 40 minit akibat perbuatan peminat di kawasan Rock Zone.
Sepanjang tempoh itu, ada yang dilaporkan cedera. Ada yang kesesakan nafas, malah ada yang pengsan dan pengacara majlis terpaksa menyuruh ahli paramedik untuk menyelamatkan keadaan.
Apabila disuruh untuk berganjak ke belakang, berikan ruang dan duduk, hanya separuh jumlah peminat di Rock Zone berbuat demikian. Manakala, separuh lagi di hadapan pentas enggan mengalah dan mengatakan mereka sudah berdiri di sana sejak awal lagi.
Akhirnya, ahli RELA dan PDRM terpaksa masuk campur dan leraikan kedegilan Wannabe tersebut.
Wanna One Kembali Ke Pentas Tetapi…
Kesemua sebelas ahli Wanna One hadir semula ke pentas dan menyanyikan beberapa buah single seperti ‘Wanna Be (My Baby)’, ‘Always’ dan ‘Burn It Up’. Mereka juga sempat untuk berinteraksi dengan peminat dalam permainan ringkas di atas pentas.
Namun, body language Wanna One jelas menunjukkan mereka ingin memendekkan masa di atas pentas kerana 1) Lebih sejam sudah dibazirkan dan 2) Takut peminat akan kembali ‘naik gila’.
Ini adalah kali pertama penulis melihat situasi bagai tak keruan seperti ini. Mungkin ia disebabkan oleh faktor grup Wanna One akan dipisahkan pada akhir tahun ini selepas kontrak mereka berakhir. TETAPI, itu bukanlah alasan untuk peminat membuat kecoh dan mengendahkan keselamatan sendiri serta orang lain.
For sure, mood penyanyi dan peminat lain yang terpaksa menunggu terus tercemar. Mungkin juga selepas ini, ahli pengurusan penyanyi dari Korea Selatan akan memikirkan dua kali sebelum datang ke Malaysia.
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas cemerlang bagi memastikan semuanya stabil dan selamat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang minat Bollywood atau suka tengok filem India, mesti dah tak asing dengan nama Janhvi Kapoor.
Tampil pertama kali di Cannes jadi bukti yang...