Mempunyai barisan pelakon berpotensi besar adalah sangat penting bagi industri K-Drama kerana ia mampu untuk menarik ramai penonton ‘melekat’ di depan televisyen dan memberikan rating yang baik bagi setiap drama yang ditayangkan.

Disebabkan itu, ramai penerbit dan pengarah di sana memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bintang-bintang yang dirasakan mempunyai potensi untuk bersinar, mereka juga turut bekerjasama dengan agensi untuk mendapatkan wajah yang tepat bagi menyesuaikan dengan watak dalam drama.

Untuk tahun 2020, berikut adalah 5 pelakon teratas yang dikatakan mempunyai potensi besar menjadi pilihan para pengarah bagi menghasilkan produksi K-Drama pada tahun ini.

1. Park Min Young

5 Pelakon Korea Pilihan Penerbit K-Drama Yang Berpotensi Membintangi Drama Hit 2020

Ads

Pelakon ini sedang membintangi sebuah drama terbaru Korea, When The Weather Is Fine bersama aktor Seo Kang Joon. Mendapat jolokan “Rom-Com Queen”, maka tidak hairanlah sekiranya gadis ini bakal mendapat perhatian para pengarah dan menaikkan jumlah tontonan setiap K-Drama.

2. IU

5 Pelakon Korea Pilihan Penerbit K-Drama Yang Berpotensi Membintangi Drama Hit 2020

Vokalis dan aktres IU nampaknya kini menjadi antara selebriti wanita terhangat dalam industri selepas kemunculannya dalam Hotel De Luna baru-baru ini. Selepas beberapa tahun, lakonan IU semakin berkembang dan ramai diantara penerbit K-Drama bersetuju bahawa aktres ini mampu menempa kejayaan dalam industri penyiaran.

Ads

3. Son Ye Jin

5 Pelakon Korea Pilihan Penerbit K-Drama Yang Berpotensi Membintangi Drama Hit 2020

Sambutan yang diterima daripada lakonannya dalam Crash Landing On You bukan sahaja mendapat perhatian di Korea, malah seluruh dunia. Justeru itu, ramai pengarah drama mungkin sudah menyenarai pendek nama pelakon ini untuk membintangi drama-drama yang seterusnya.

4. Gong Hyo Jin

5 Pelakon Korea Pilihan Penerbit K-Drama Yang Berpotensi Membintangi Drama Hit 2020

Ads

Sambutan hangat yang diterima dalam lakonan terdahulunya, When The Camellia Blooms menjadi viral dari setiap episod ke episod menjadikan Gong Hyo Jin antara pelakon ‘most wanted‘ di kalangan penerbit K-Drama. Dikhabarkan, pelakon ini belum mempunyai apa-apa drama terbaru bagi tahun 2020 dan mungkin inilah masanya untuk pengarah atau penerbit drama ‘melamarnya’ dalam drama terbaru.

5. Jun Ji Hyun

5 Pelakon Korea Pilihan Penerbit K-Drama Yang Berpotensi Membintangi Drama Hit 2020

Menjadi antara pelakon paling hangat di Korea, nama Jun Ji Hyun berada di dalam senarai semua pengarah K-Drama. Walaupun hanya muncul sebagai cameo dalam drama Kingdom 2, namun aura wanita ini bukan calang-calang. Bakal kembali ke skrin kaca TV, Ji Hyun khabarnya mempunyai drama terbaru yang dijadualkan bersiaran pada tahun hadapan.

Sumber: Koreaboo

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI