5 Perkara Kena Buat, Barulah Wiper Cermin Kereta Tahan Lama

Share

Pernah tak korang lalui situasi keadaan macam ni, korang tengah drive kereta, tiba-tiba hujan? Lagi-lagi bila hujan lebat, susah la nak nampak jalan dengan jelas… Mesti korang on kan wiper kereta korang tu cepat-cepat, kan?

Memang rasa tidak selesa memandu ketika hujan lebat kerana penglihatan akan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta mengaburi pandangan.

Kadang, bila hujan terlalu lebat penggunaan wiper juga tidak membantu akibat getah pada wiper yang cepat kembang dan rosak. Jadi, apa yang korang boleh buat?

Ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter ini tentang 5 TIPS PENJAGAAN WIPER ini

1. ELAK GUNA WAKTU KERING

Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.

2. RAJIN BERSIHKAN WIPER

Korang perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapkannya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan windscreen. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali mencuci kereta.

3. PASTIKAN CERMIN KERETA BERSIH

Kalau korang sering menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.

4. PASTIKAN PENGELAP CERMIN DIPASANGKAN DENGAN SEMPURNA

Bagi yang sering menukar wiper, pastikan pengelap cermin dipasang kemas semula ditempatnya. Buka penutup skru dan tengok skru di bahagian bawah sebagaimana dalam gambar. Pengelap cermin tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

5. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA

Dicadangkan untuk menukar bilah wiper pada 6 bulan. Jika anda lihat wiper anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.

Okay, lepas ni korang bolehlah try tip ini dan cuba apply pada cermin kereta.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter protonlala

Published by
Nana