Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan kaum lelaki hanya suka memerhatikan kecantikan seorang wanita sama ada dari segi bentuk badan, wajah atau gayanya.
Girls, ketahuilah bahawa orang lelaki tidak semua mempunyai pemikiran sedangkal itu. Percaya atau tidak bagi lelaki (terutamanya lelaki yang ada rupa) penampilan fizikal bukanlah segala-galanya. Ya, ia mungkin memainkan peranan penting untuk menarik perhatian mereka tetapi tarikan seorang wanita kepada lelaki lebih daripada itu.
Percaya atau tidak lelaki akan perhatikan seorang wanita (terutamanya yang dia suka) lebih daripada itu. Jadi, apakah yang diperhatikan oleh mereka?
1. Personaliti
Ini perkara yang tidak mungkin dapat diperhatikan dan dinilai dalam masa yang singkat. Disebabkan itulah ramai lelaki mengambil masa dan they tend to go smooth and steady. Mengapa? Tidak lain tidak bukan untuk melihat sama ada gadis itu sesuai atau tidak dengan personalitinya. Seseorang yang mempunyai personaliti yang menarik bukan sahaja nampak yakin tetapi mampu memikat hati.
2. Tahap kebahagiaan
Lelaki yang jujur untuk memberikan komitmen dalam perhubungan suka melihat gadis disukai olehnya sentiasa happy. Malah kehidupan mereka akan lebih bahagia jika mapmu melihat kamu bahagia. Walaupun kadangkala ia tidak terlihat di riak wajahnya namun jauh di sudut hati dia gembira melihat kamu bahagia.
BACA: 7 Jenis Sikap Gadis Yang Disukai Jejaka Pemalu!
3. Keyakinan diri
Seperti yang REMAJA katakan di atas, keyakinan diri merupakan elemen yang sering diperhatikan oleh lelaki. Mereka akan dapat tahu sama ada kamu seorang mempunyai keyakinan diri atau tidak.
4. Cara berpakaian
Pada zaman sekarang fesyen bukan sahaja subjek penting bagi wanita tetapi juga kepad lelaki. Sedar atau tidak lelaki sebenarnya sering memerhatikan gaya yang dikenakan oleh wanita. Dan ia memainkan peranan cukup besar untuk mereka mendekati kamu atau tidak.
5. Senyum dan tawa
Bak kata orang hanya dengan senyuman boleh mencairkan hati seorang lelaki. Guys hate to say this but deep down, they know... dengan senyuman kamu hatinya boleh rebah dan menyerah. Wanita yang yang sering tersenyum akan memberikan impression bahawa kamu bukan seorang pemarah, psiko dan bukan kaki drama.
Jangan fikir lelaki mendiamkan diri dia tidak memberikan perhatian kepada kamu. Rupanya dia-diam ubi berisi!