Ads
Home Berita 5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu

5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu

Ads
Foto : Tangkap layar video dari Twitter @zkrhmn

Isi Kandungan

 

Kecoh sebelah malam tadi di Dataran Merdeka apabila seramai 31 orang anak muda ditahan oleh pihak polis setelah sebuah perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan dipercayai dilakukan untuk memperingati 13,480 orang mangsa korban wabak Covid-19 selama ia merebak di Malaysia. Biarpun dilakukan secara aman tanpa sebarang demonstrasi jalanan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka, anggota polis tetap berada di Dataran Merdeka sejak perhimpunan bermula seawal jam 8 malam.

5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu

Kira-kira pada jam 8.30 malam setelah kenyataan dibacakan oleh aktivis yang mewakili Sekretariat Soladariti Rakyat (SSR), polis menghentikan perhimpunan dan meminta para peserta agar mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan menaiki lori polis yang terkenal dengan gelaran ‘Black Maria’. Ini demi membantu proses dokumentasi terhadap apa yang berlaku semalam.

Namun, para peserta dilihat enggan mengikuti permintaan anggota dan berkali-kali bertanyakan sama ada mereka ditahan ataupun tidak. Daripada video yang kini berlegar di media sosial, peserta juga kelihatan diseret dan dipaksa masuk ke dalam dua buah kenderaan ‘Black Maria’ yang dibahagikan kepada lelaki serta perempuan.

Ads

Akhirnya, mereka semua dikompaun sebanyak RM62,000 di mana nilai kompaun adalah sebanyak RM2,000 bagi seorang peserta.

Terlalu banyak sebenarnya aspek yang dikupas oleh orang ramai apabila melihatkan kepada situasi yang telah kecoh di media sosial ini. Namun, penulis lebih tertarik dengan kenderaan yang digunakan oleh anggota polis bagi menahan 31 orang peserta himpunan kenang mangsa Covid-19 ini.

5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu
Sumber Foto : Twitter addy_samsudin
5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu
Sumber Foto : Twitter Roshinee_M

Ada yang berpendapat tidak patut untuk para peseta ditahan sebegitu rupa dan dibawa  menaiki kenderaan yang digeruni ramai itu; ibarat mengheret penjenayah yang telah melakukan kesalahan berat.

Apa sebenarnya signifikan ‘Black Maria’ ini? Dan dari mana datangnya nama itu? Ini lima info mengenainya:

 

Ads

01

Black Maria ialah kenderaan pengangkutan polis yang biasa digunakan bagi membawa tahanan dalam sel, orang yang dituduh atau membawa sejumlah pegawai polis ke mana-mana lokasi kejadian.

 

02

Rekaan kenderaan ini pada asasnya merupakan sebuah lori tetapi diubahsuai dengan mempunyai ‘sangkar besi’ di bahagian muatan untuk menempatkan sekelompok kumpulan yang diangkut.

Sangkar besi ini boleh dikunci menggunakan mangga demi tujuan keselamatan seperti tahanan melarikan diri ketika dalam perjalanan.

5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu

Ads

5 Perkara Tentang Kenderaan ‘Black Maria’ Yang Kamu Perlu Tahu

 

03

Pada awal sejarah penggunaannya, Black Maria mula diperkenalkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1962. Seorang pesalah wanita bernama Maria di New Jersey pada waktu itu sering dilihat dibawa oleh anggota polis menggunakan kenderaan jenis wagon paddy ini. Semakin lama, rekaannya diubah dengan adanya sangkar besi selepas beberapa kes pesalah menyerang anggota polis dan percubaan melarikan diri dilaporkan.

 

04

Banyak kes prolifik di Malaysia yang pernah ‘menampilkan’ Black Maria di lokasi kejadian. Yang paling terbaru dan diingati ramai tentunya adalah kejadia sebuah kenderaan Black Maria yang memasuki kawasan kejiranan kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta semasa kejadian rampasan barang peribadi milik beliau dan isteri terjadi pada tahun 2018; sebaik berakhirnya musim Pilihan Raya Umum.

 

05

Tidak diketahui benar atau tidak, kenderaan Black Maria di Malaysia ini selalu dikaitkan dengan nasib malang. Sesiapa saja yang pernah menaiki dikatakan akan ditimpa malang. Pernah terjadi, Black Maria yang terbakar akibat kemalangan jalan raya dan juga pernah terbalik hingga mencederakan tahanan serta anggota polis di dalamnya. Ada juga yang percaya Black Maria mempunyai kisah mistik yang tidak diceritakan secara terbuka.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI