5 Perkara Tentang Pertunangan Justin & Hailey, Termasuk Cincin Bernilai Lebih USD250,000!

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Wow! Harga cincin boleh beli vespa sebiji.

 

Tiada siapa lagi di dalam dunia ini yang sedang asyik dilamun cinta melainkan Justin Bieber dan tunangnya, Hailey Baldwin. (Can’t believe I just typed that, tunang..). Para selebriti Hollywood dan peminat di seluruh dunia turut menyambut berita gembira ini di media sosial dengan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Namun, ada juga peminat tegar (seperti kami) yang gigih mencari details mengenai pertunangan ini. Ini antara 5 perkara yang mungkin sekali yang mengejutkan korang semua mengenai hubungan Hailey Baldwin dan Justin Bieber.

 

01

Peminat #Jelena

Siapa sangka, Hailey Baldwin merupakan antara peminat tegar hubungan Justin Bieber dan Selena Gomez! Tengok-tengok, dirinya sendiri yang kini bersama Justin.

Semasa #Jelena masih bersama, Hailey kerap memuat naik Tweet dan status menyokong hubungan tersebut. Tweet Hailey dari tahun 2012 hingga 2013 kembali muncul di media sosial dan kami pun tergamam apabila melihatnya.

 

Twitter

Selain menganggap Justin dan Selena mempunyai hubungan yang sempurna, model tersebut juga dilihat berharap untuk melihat gaya karpet merah mereka semasa parti Vaniti Fair 2012 sempenan Anugerah Akademi (Oscars).

 

Twitter

 

 

02

Cincin

Foto: Just Jared

 

Semalam, Justin dan Hailey telah ditemui sedang berjalan di sekitar New York City. Satu perkara yang menarik perhatian ramai orang adalah cincin berlian besar yang tersemat pada jari manis Hailey!

Menurut pakar dan CEO Diamond Pro iaitu Michael Fried, cincin pertunangan itu adalah sekitar 6 ke 8 karat dan harga mampu mencecah US Dollar (USD) 250,000 ataupun RM1,006,000!

 

 

Pakar berlian dari Estate Diamond Jewelry iaitu Benjamin Khordipour pula menganggarkan harga cincin tersebut sekitar USD 380,000 hingga USD540,000. Wow, lagi tinggi harganya.

Ini kerana cincin tersebut memiliki warna, kejernihan dan potongan yang sempurna.

 

03

Minta Izin

Foto: Just Jared

 

Pertunangan ini dipersetujui terlebih dahulu oleh ayah Hailey. Stephen baldwin dikhabarkan telah bertemu beberapa kali dengan Justin untuk membincangkan mengenai persediaan mereka bertunang dan seterusnya mengikat tali perkahwinan.

 

04

Video Hari Pertunangan

 

Well technically, bukanlah video semasa Justin melamar kepada Hailey.

Namun, video dan foto percutian mereka di Bahamas pada hari kejadian telah tersebar di media sosial. Foto  bertarikh 8 Julai itu diambil sebelum Justin melamar Hailey. Bukan sekadar berpelukan, baik Justin dan Hailey juga kelihatan santai saja menikmati percutian, tanpa tanda-tanda Justin akan melamarnya pada malam tersebut.

 

05

Tweet Pertama Hailey

Justin terlebih dahulu telah memuat naik foto dan caption di Instagram sekaligus memberikan kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Hailey semalam.

BACA: Sah! Justin Bieber & Hailey Baldwin Telah Bertunang

 

Twitter

 

Sejurus selepas itu, Hailey akhirnya memberi komen peribadi pertamanya mengenai pertunangan ini di Twitter semalam dan berkata, “Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan rasa bersyukur saya..” karang Hailey sambil meletakkan emoji heart. 

 

Published by
FZ