Apa itu kematangan? Bercakap soal matang kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan faktor usia. Ya, tidak dinafikan usia memainkan peranan kerana itulah lumrah manusia, bila semakin meningkat usia dia akan menjadi semakin matang terutama pada fizikal dan juga pemikirannya.
Akan tetapi tidak semua orang mempunyai kematangan yang sama dan ia datang tidak mengira usia. Ada lelaki lebih cepat matang pada usia penghujung belasan tahun dan ada juga lelaki yang umur sudah hampir mencecah ke ‘three series’ pun masih berperangai kebudak-budakan.
Jadi apa itu perangan tidak matang dan kebudak-budakan. Kalau mengikut definisi setiap individu (terutamanya wanita) pastinya sangat berbeza-beza. Terdapat beberapa kriteris menunjukkan secara jelas atau mengenali bagaimana seorang lelaki khususnya pasangan kamu adalah matang atau tidak?
Bgai REMAJA, ini 5 petanda besar yang korang harus perhatikan. Jom sama-sama lakukan silang semak adakah teman lelaki kamu mempunyai ciri-ciri yang REMAJA nyatakan di bawah, Kalau ada… hmmm… belum terlambat nak suruh dia jadi matang sikit. Hehe
Korang sendiri hairan bagaimana dia boleh hidup goyang kaki dengan relaks sahaja setiap hari. Walaupun sudah habis belajar namun dia masih tidak dapat kerja. Bukannya tiada pekerjaan tapi akibat tiada disiplin dan memilih kerja. Bagi korang sebagai teman wanita pastinya mahu seorang teman istimewa yang ada cita-cita dan hala tuju masa depan. Kalau bertersuan begini macam mana?
Memang kita akui ada sesetengah orang dia bukanlah jenis yang terlalu kemas atau pun teliti. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia menjadi tidak terurus. Bayangkan kalau si dia asyik ulang pakai t-shirt sama selama 3 hari berturut-turut. Jika hal pakaian sendiri pun tidak boleh beri komitmen bagaimana nak beri komitmen sepenuhnya pada korang.
BACA: 10 Petanda Kamu Sebenarnya Mangsa Penderaan Emosi Hubungan Toksik
Ini salah satu petanda paling jelas bahawa dia memang tak matang. Bila bercakap tentang hal diminatinya memang sampai ke pagi pun tak akan habis. Tapi bila ditanya soal kerjaya, masa depan, keluarga dan juga hal-hal serius dia cepat melatah dan naik angin. Kalau tidak melatah pun pasti dia akan cuba alihkan topik perbualan. Plaing teruk dia terus buat tak tahu dan main telefon.
Orang yang matang akan sentiasa terbuka untuk berbual, bertukar-tukar fikiran dan berbincang dengan topik-topik yang serius dan mendalam. Jika dia hanya suka berbual tentang soal duniawi dan materialistik semata, itu bermakna dia belum matang.
Kadangkala korang sendiri pening dan tidak faham dengan perangai spontan yang dia lakukan. Bukanlah satu kesalahan untuk bertindak spontan tetapi biarlah kena pada masanya. Sebagai contoh dia membeli komik yang berharga RM50 sedangkan pada ketika itu dia hanya memiliki wang untuk hidup sebanyak RM80. Tidakkah tindakan seperti itu sangat tidak matang?