5 Petanda Paling Jelas Gadis Itu Tak Suka Pada Korang

Share

Ini bicara untuk lelaki. Terutamanya kepada lelaki yang masih tidak faham dan tidak mahu terima penolakan cinta mereka daripada seorang gadis.

Sudah lumrah kita sebagai seorang manusia normal yang pastinya akan jatuh cinta dan menyukai seseorang. Namun orbit cinta korang tidak sentiasa berpusing dipaksi sama dengan hatinya. Korang tak bisa untuk memaksa seseorang suka dan jatuh cinta seperti apa yang korang rasa.

Tapi percaya atau tidak ramai di antara lelaki di luar sana tidak faham bahasa walaupun sudah ada petanda-petanda besar ditunjukkan oleh gadis itu yang tidak menyukainya.

So, girls adakah petanda-petanda di bawah ini benar? For you guys, pelajari untuk terima dengan hati terbuka jika cinta tidak diterima. Mungkin ada orang lain yang bakal korang temui di masa akan datang.

1. Banyak berdolak-dalih

Sudah nama pun tidak suka pastinya dia juga tidak senang untuk bertemu mata dengan korang. Namun ia tidak bermakna dia benci cuma dia tidak mahu korang terus berharap dan syok sendiri sahaja. Disebabkan itulah bila korang berjumpa pasti ada saja alasan yang diberikannya.

2. Hanya seorang yang beriya-iya

Hubungan korang sering berlaku dalam bentuk satu hala. Makdus REMAJA di sini hanya korang sahaja yang beriya-iya nak bertemu dengannya. Dan korang jugalah yang nampak sangat terhegeh-hegeh bertegur-sapa dengannya walaupun dia jelas nampak tidak selesa. Kamu sebenarnya bukan dungu tapi buat-buat tidak tahu kerana sudah kemaruk dengan rasa cinta sendiri.

BACA: 5 Petanda Crush Tak Suka Pun Pada Korang

3. Selalu nak cepat

Kalau diteleofn pada waktu malam pasti dia akan cuba putuskan perbualan lebih awal dengan alasan mengantuk. Jika bertemu di luar pasti akan ada sahaja program dia bersama kawan-kawan lain. Walhal korang sudah cukup masak dengan aktiviti hariannya. Sesetengah gadis tidak kejam untuk menolak korang mentah-mentah begitu sebaliknya mereka lebih suka mengelak.

4. Sangat berahsia

Disebabkan berasa sangat tidak selesa bila bersama korang maka dia memilih untuk lebih banyak berahsia. Cuba fikir, kalau perasaan itu sebaliknya pasti dia akan menceritakan segalanya tentang kehidupan peribadinya. Ini adalah petanda yang paling jelas jika seseorang tidak suka pada korang.

5. Tidak ambil kisah

Bunyinya agak kejam tapi itulah hakikatnya. Saat korang menceritakan kisah hidup dia seakan acuh tidak acuh untuk ambil peduli. Ini kerana jauh di fikirannya dia sudah tahu korang sangat suka padanya dan itu yang menjadikan dia sangat resah. Ingatlah rasa kasih atau sayang itu tidak boleh dipaksa.

Jika korang dapati ada petanda-petanda ini ditunjukkan oleh gadis yang korang suka, move on lah. Sudah tiba masanya untuk korang cari someone yang lebih ambil berat dan suka pada korang dengan sejujurnya.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim