5 Port Makan Paling Best & Popular Sekitar Kajang Yang Korang Wajib Try!

Share

Perkara paling susah nak decide bila keluar dengan kawan-kawan atau pasangan adalah nak pergi makan dekat mana? Kadang tu kereta dah bergerak tapi masing-masing tak tahu ke mana arah nak dituju.

Sama ada korang buntu tak tahu nak makan mana sebab banyak sangat port makan best atau mungkin juga korang betul-betul tak tahu tempat makan mana yang paling awesome.

Nah, untuk korang yang berada di sekitar Kajang, Selangor atau yang sanggup nak ke sini semata-mata untuk makan sedap, ini ada 5 tempat makan yang best danwajib korang kunjungi..

1. Itik Salai Masthar




Lokasi gulai masak lemak cili padi yang terbaik ada di sini. Food vlogger terkenal, Mark Weinn pernah datang dan makan kat sini tau. Antara makanan yang famous di kedai ni adalah daging salai masak lemak, ikan keli salai, dan itik salai. Seperti kedai makanan lain, ulam-ulaman dan lauk pauk biasa juga turut disediakan.

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

2. Komasen Steamboat and Grill




Kalau korang teringin nak makan steamboat yang sedap dan harga murah, boleh datang sini. Macam biasa, ada banyak pilihan dari ayam, daging, kambing, ketam, lala, udang, dan macam-macam lagi lah. DI sini ada dua kuah untuk steamboat anda, kuah tomyam (recommended) dan kuah sup ayam. Lepas tu ada juga desert seperti aiskrim untuk dinikmati selepas kenyang makan.

Waktu Operasi: 6 petang hingga 11 malam

Alamat: Jalan Kampung Sekamat, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor​

3. Ikan Bakar Terangkat



Orang yang duduk Kajang mesti dah tahu nama tempat ni. Memang at least kena try sekali seumur hidup. Dia punya sambal dekat ikan bakar tu memang padu habis guys! Pekat, manis, dan pedas. Walaupun dah kenyang memang korang secara automatik akan tambah lagi. Macam tu la sedap makan kat kedai ni. Dan yang paling penting, seafood dia rasa fresh tau. Wajib makan sini!

Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 pagi

Alamat: No.1, Lot 3083, Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor​

4. 1957 Kopi + Makan



Kalau korang nak makan dengan rasa yang tenang sambil buat kerja atau assignment, bolehlah datang ke kedai ni. Design kedai dia memang sangat cosy dan cantik, memang selalu jadi port lepak untuk release stress. Bukan tu je, makanan dia memang sedap gila weh, min recommend korang makan burger dia. Padu!

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 3 petang / 4 petang hingga 10 malam

Alamat: De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor​

5. Sate Kajang Haji Samuri




Kedai makan paling legend dekat Kajang. Siapa je yang tak pernah dengar nama Satay Kajang Haji Samuri ni? Rasanya satu Malaysia kenal. Dah la sate dia saiz besar, perapan yang sedap. Memang kenyang makan kat sini. Bukan tu je, ada juga makanan lain seperti burger, nasi goreng, dan kuey teow. Tak boleh miss la makan dekat sini!

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 12.30 pagi

Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.​

Published by
Ruziana Zainal