5 Posisi Yoga Ini Mampu Anjalkan Payudara. Wow!

Share

Memiliki bentuk payudara yang anjal merupakan impian bagi setiap wanita. Tidak semua produk krim sapuan yang dikatakan mampu menganjalkan payudara ini benar-benar tampak berkesan walaupun tanpa melakukan sebarang senaman atau gerakan tubuh.

REMAJA tidak mahu mengesyorkan anda dengan produk-produk anjalan ini, sebaliknya ingin membawa kalian semua untuk mencuba tujuh posisi menarik dalam senaman yoga ini yang mampu untuk membantu menganjalkan payudara secara semula jadi, dan bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

Posisi warrior

Virabhadrasana, atau lagak seperti seorang pahlawan ini bukan sahaja dapat memberikan kekuatan fizikal tetapi ia juga membantu untuk menjadikan tubuh lebih elastik:

1. Luaskan bukaan kaki dengan selari.

2. Pusingkan kaki kiri anda sehingga 90 darjah. Tarik nafas dan bengkokkan lutut kiri.

3. Luruskan kaki kanan dan angkat lengan sejajar dengan kedudukan bahu. Pusingkan kepala ke bahagian kiri untuk melihat pergelangan tangan anda.

4. Ulang langkah ini sebanyak 7 hingga 10 kali, kemudian lakukan perkara yang sama ke sebelah kanan.

Posisi segi tiga

Trikonasana, atau posisi segi tiga ini membantu untuk meregangkan tulang belakang dan meningkatkan aliran darah.

1. Luaskan bukaan kaki dan pusingkan sehingga 90 darjah dan untuk kaki kiri dalam posisi 15 darjah.

2. Sentuh pergelangan kaki kiri anda dengan menggunakan tangan kiri dan tangan kanan berada di posisi atas (seperti dalam gambar). Pasti kan lutut dan tulang belakang anda juga dalam posisi lurus.

3. Posisi kepala hendaklah mendongak ke atas, memandang selari pada tangan kanan.

Posisi cobra

Bhujangasana, atau posisi cobra

ini membantu menguatkan paru-paru, meregangkan otot toraks, menguatkan otot perut dan memperbaiki postur tubuh:

1. Baring dalam keadaan meniarap dan tarik nafas sedalamnya. Secara perlahan-lahan, angkat bahagian torso anda dan pasti kan badan selaras dengan kedudukan kaki dan lengan.

2. Angkat kepala dan dongak ke atas.

3. Tarik nafas perlahan-lahan dan cuba bertahan untuk melakukan posisi ini selama beberapa minit.

Posisi bow

Dhanurasana, atau posisi bow ini disarankan untuk dilakukan oleh mereka yang mempunyai sakit belakang. Posisi ini membantu meregangkan seluruh tulang belakang dan mampu untuk membentuk payudara anda untuk kekal cantik:

1. Baring seperti posisi meniarap dan bengkokkan lutut ke arah atas badan. Cuba untuk pegang pergelangan kaki kamu dengan tangan dan stabil kan posisi seperti ini.

2. Hembus nafas perlahan-lahan, tarik tangan dan kaki kamu ke atas pada kejauhan maksima. Pasti kan pinggul dan payudara anda sedikit terangkat (seperti dalam gambar) dan diimbangi dengan bahagian perut.

3. Cuba untuk bertahan dalam kedudukan seperti ini selama 30 saat.

Posisi wheel

Chakrasana, atau posisi wheel ini membantu meregangkan tulang belakang, leher dan juga dapat membantu menyembuhkan sakit kepala:

1. Bengkokkan badan, dalam posisi kaki dilebarkan sedikit daripada lebar bahu (seperti dalam gambar). Kemudian, tarik punggung ke atas.

2. Letakkan tangan di belakang kepala dan telapak tangan ke bawah dengan posisi menarik ke belakang. Tarik nafas dan naikkan payudara serta pinggul setinggi yang boleh.

3. Cuba luruskan tangan anda sepenuhnya dan bertahan dalam kedudukan ini selama 30 saat.

 

Published by
Noor Ain Norman