5 Pulau Cantik Tapi Kurang Popular Yang Wajib Ada Dalam Checklist Korang

Share

Tak popular tapi bukan bermaksud tempatnya tidak menarik kan? Sebenarnya, ada banyak pulau di Malaysia yang kurang mendapat perhatian pengunjung.

Mungkin juga kerana tidak begitu dapat perhatian daripada pihak media dan pengguna media sosial, maka ramai yang tidak tahu akan kewujudan pulau-pulau ini.

Nah, berikut merupakan 6 buah pulau cantik tapi kurang popular yang mungkin korang takt ahu.

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna

Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada jutaan tahun dulu. Apa yang menariknya, pulau ini mempunyai sepsis batu karang dan ikan terbanyak di dunia.

So, kalau dah ke sini tak sah kalau korang tak try aktiviti snorkeling, scuba diving

dan menyelam melihat ribuan jenis ikan yang ada.

2. Pulau Tenggol, Dungun

Mungkin pulau ini tak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian, tetapi ia juga sebenarnya merupakan pulau tumpuan bagi peminat skuba di seluruh dunia. Lebar pulau ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer saja dan pantainya juga pendek dan sangat landai.

Namun begitu, persisiran pantai yang cantik dan keindahan dasar lautnya mampu menarik hati pengunjung.

3. Pulau Kapalai, Semporna

Lokasinya agak tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Pulau Kapalai juga menjadi syurga bagi korang yang gemarkan aktiviti skuba dan snorkeling kerana terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan.

4. Pulau Aur, Mersing

Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, pulau ini merupakan yang paling jauh dari tanah besar. Keindahan pantai serta pasir halus memutih dah cukup untuk buat korang rasa terpesona dengan Pulau Aur ini.

5. Pulau Mataking, Semporna

Lokasinya kira-kira 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang terkenal disini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree. Kalau korang nak lihat haiwan laut seperti Tuna, Pari dan Barracuda, inilah peluangnya!

6. Pulau Rawa, Johor

Dimiliki oleh keluarga Sultan Johor, pulau ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Keluasan Pulau Rawa tidaklah terlalu besar dan terletak kira-kira 16 kilometer diluar persisiran laut Johor dan terletak berhampiran Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Mendapat jolokan ‘Maldives Malaysia’, pulau ini tentunya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi honeymoon korang nanti.

Tak dinafikan negara kita banyak terdapat pulau yang cantik dan bersih untuk dikunjungi. Rasa-rasanya satu Malaysia pun kita belum habis explore kan? Hiks!

 

Published by
Noor Ain Norman