5 Pulau Di Malaysia Yang Tak Kurang Cantiknya Berbanding Boracay, Jom!

Share

Isi Kandungan

Toggle

Selepas berita mengenai penutupan pulau percutian terkenal di Filipina, Boracay diumumkan oleh kerajaan negara tersebut minggu ini, rata-rata ramai pelancong Malaysia yang mengeluh.

Ini kerana mereka telah berangan-angan terlebih dahulu untuk melawat Boracay pada tahun ini. Nampaknya, terpaksalah korang tunggu sehingga bulan November kelak sebelum ia dbuka semula kepada pelancong.

* * * * *

Bagaimanapun, itu tak bermakna korang tak boleh melancong. Dalam Malaysia sendiri, kita mempunyai banyak kawasan pantai dan laut yang bertaraf antarabangsa. Ada juga yang belum sepopular Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian, tetapi cukup cantik untuk korang lawati.

01

Pulau Bohey Dulang, Semporna

Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu.

Korang juga akan mendapati yang Pulau Bohey Dulang mempunyai spesis batu karang dan ikan terbanyak di dunia lalu menjadikan ia sebuah pulau yang penuh pesona dan mengagumkan.

Aktiviti yang wajib dilakukan sewaktu berada di pulau ini adalah snorkelling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan.

TIP: Sewa snorkelling sekitar RM10 tetapi makanan tak disediakan. Lebih baik kalau korang prepare makanan ringan dari awal.

 

02

Pulau Tenggol, Dungun

Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian tetapi ia merupakan kawasan tumpuan peminat skuba di seluruh dunia.

Kelebaran Pulau Tenggol ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer sahaja. Pantainya juga pendek dan sangat landai. Apa yang menarik di sini adalah persisiran pantai yang cantik serta keindahan dasar lautnya yang cukup mengagumkan.

Kalau boleh, kunjungi Pulau Tenggol antara bulan Julai dan September kerana korang berpeluang untuk melihat kehadiran ikan yu dan pari besar yang sedang makan plankton dan udang kecil.

TIP: Kadar sewa bot untuk 6 hingga 10 orang penumpang adalah lebih kurang RM600 – RM650 sehari. Jadi lebih baik jika satu bot dikongsi beramai-ramai.

 

03

Pulau Kapalai, Semporna

Sebuah lagi pulau dari Sabah! Pulau Kapalai tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan dan merupakan syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, Pulau Kapalai adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu dek kerana kecantikannya.

TIP: Perhatikan kepada kadar caj tiket penerbangan. Jika bertuah, korang boleh mendapatkan tiket serendah RM196 termasuk tax dan fuel surcharge untuk dua orang ke Tawau.

 

04

Pulau Aur, Mersing

Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh daripada tanah besar. Keindahan pantai serta pasirnya yang halus memutih sudah cukup membuatkan hati terpaut.

Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti kamu tidak akan jemu menyaksikan keindahan dasar laut yang dihuni pelbagai spesis ikan dan terumbu karang.

TIP: Bagi korang yang sukakan cabaran ekstrem, bolehlah cuba mendaki ke Batu Cina yang memakan masa kurang sejam pendakian. View

dia, terbaik!

 

05

Pulau Mataking, Semporna

Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang paling terkenal di sini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree.

Malah, kamu juga boleh melihat hidupan laut dengan lebih dekat seperti barracuda, tuna, pari dan banyak lagi. Pantainya yang cantik menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari.

TIP: Dari bulan Mei ke Ogos, antara keunikan yang ada di Pulau Mataking adalah kehadiran penyu hijau dan penyu karah (Hawksbill) yang menetas di pantai.

Published by
FZ