5 Risiko Bahaya Bila Berbuka Puasa Dengan Rokok!

Share

Seharusnya puasa menjadi tempoh di mana korang yang merokok dapatlah kurangkan dengan seadanya. Atau sebenarnya inilah tempoh yang paling mujarab untuk perokok berhenti merokok.

Namun ada sesetengah orang yang bila dengar sahaja azan Maghrib dia terus menyalakan rokok. Kononnya sudah tidak tahan menahan rasa ingin merokok atau dalam bahasa kasarnya ketagihan nikotin.

Bagi sesetengah perokok, menahan lapar dan dahaga itu lebih senang untuk mereka hadapi berbanding dengan menahan diri daripada merokok.

Korang semua jangalah sampai tahap macam itu sekali ya. Kepada yang merokok inilah masa terbaik untuk berhenti dan kepada yang tidak merokok janganlah kamu pandai-pandai ingin mencubanya.

Ada yang tidak sedar sebenarnya merokok saat berbuka puasa sebenarnya boleh mendatangkan mudarat.

1. Meningkatkan risiko kanser usus

Tahukah korang selain kanser paru-paru rokok juga boleh menjadi penyumbang kepada beberapa jenis kanser lain seperti kanser mulut, hati, pankreas dan juga usus. Merokok dalam keadaan perut kosong boleh menyebabkan nikotin meresap ke dalam badan dalam jumlah lebih besar berbanding perut yang sudah terisi. Jadi ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kanser usus,

2. Menyebabkan pembuluh darah menyempit dan mengeras

Kandungan nikotin dan pelbagai jenis racun di dalam rook boleh meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan aliran darah ke jantung. Akibatnya tekanan darah meningkat akibat saluran atau pembuluh darah semakin sempit. Sangat bahaya tahu!

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Tip Muda Cemana Nak Jadi Remaja Betul-Betul Cantik

3. Proses Penrcernaan Terganggu

Apabila seseorang merokok dalam keadaan perut kosong, kandungan asid dalam perut akan memberi tindakbalas d an ia meningkat. Secara tak langsung terus menggangu proses pencernaan selepas itu. Ini juga menjadi antara sebab mengapa perokok hilang selera makan.

4. Peningkatan kolestrol

Di dalam asap rook juga terdapat kandungan karbon monoksida. Apabila masuk ke dalam aliran darah ia akan menurunkan kandungan oksigen. Apabila ini berlaku orang yang merokok dalam keadaan perut kosong akan merasa pening dan lelah. Ini kerana sel-sel badan berdepan dengan masalah kekurangan oksigen. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.

5. Usus berdarah

Merokok juga boleh meningkatkan risiko terkena masalah inflamasi usus dikenali sebagai penyakit Crohn. Tanda-tanda penyakit ini ialah berlakunya pendarahan pada usus, sakit perut berulang dan cirit-birit. Dan jika berlarutan ia boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.

Nasihat REMAJA, jauhilah rokok. Hayatilah bulan Ramadan dengan sebaiknya. Janganlag diikutkan nafsu semata-mata. Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada korang semua.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim