Pantang ada saja filem best yang bakal ditayangkan di pawagam, confirm si kaki movie dah plan siap-siap untuk pergi menonton bersama rakan-rakan mahu pun pasangan mereka.
Dah jadi macam satu aktiviti wajib anak muda bila mereka kerap menonton dan mengikuti setiap filem terbaru yang ditayangkan. Malah, ada di antara indvidu yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapat kepuasan menonton di panggung yang lebih selesa.
Selain daripada panggung wayang biasa yang kita kunjungi, ada beberapa pawagam yang menawarkan kemudahan seat berbeza-beza mengikut interest pengunjung.
Berikut merupakan perkongsian daripada sis Astiey Nurasiah yang sudah mencuba hampir semua seat yang ada di panggung wayang. Nak tahu mahal ke tak? Jom kita baca perkongsian ini.
1. Gold Class
Korang boleh kunjungi The Garden Midvalley, Pavillion Mall dan One Utama untuk menikmati pawagam Gold Class. Seat yang disediakan memang selesa dan korang boleh order makanan yang ada di dalam pawagam ini saja. Tekan saja button merah yang disediakan.
Ads
Seat boleh laras, tekan button tepi kerusi dan akan keluar tempat letak kaki. Nak baring macam dekat rumah pun boleh. Harganya RM70/seat.
2. Platinum seat
Harganya RM40 per seat. Hanya ada di E@Curve saja kalau tak silap. Di sini, kalau korang nak bantal dan selimut kena bayar lain. Satu set mereka caj RM5. Tapi tak boleh bawa balik tau. Hiks!
3. MX4D
Ads
Ibu mengandung atau ada penyakit jantung dilarang masuk sama sekali sebab kerus akan bergerak mengikut movie apa yang korang tonton. Bergegar. Siap ada air kena muka. Ada masa keluar bau-bauan, mengikut movie. Kalau ada scene helicopter mendarat, rasa berangin je dekat muka.
Harganya RM30/seat, dan korang boleh pergi ke The Starling Mall, Damansara dan Kuantan City
4. Bennie seat
Ads
Hm, sekali korang duduk macam rasa tenggelam terus. Hehe! Kalau dekat rumah macam tu rasanya tak apa kot, tapi kalau dah tergolek-golek dalam wayang macam tak sopan pula. Hiks!
Tak ada selimut atau bantal, harganya RM52/seat.
5. Indulge
Rasanya ini seat yang paling best. Seat boleh laras dan naikkan dengan sangat selesa. Makanan pun sedap, tapi kena bayar asinglah tak termasuk tiket. Tekan je button, nanti waiter datang.
Harganya RM80 per seat kalau tak silap, selimut dan bantal disediakan.
So, korang dah tahu kan mana yang lebih berbaloi? Bolehlah try menonton wayang di tempat yang lain daripada kebiasaan. Sesekali bayar lebih, apa salahnya untuk merasai pengalaman yang berbeza.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran buat remaja semua.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang. Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
Kak Liza antara individu yang sering membantu pelbagai golongan khususnya yang dalam kesusahan
Banyak kehamilan luar nikah terjadi akibat pergaulan bebas. Gambar hiasan
Jelas Kak Liza lagi, selepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook.
“Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat. Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya. “Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih. Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang menganggap menjadi selebriti adalah ‘batu loncatan’ untuk merasa kehidupan mewah kerana lazimnya pekerjaan mereka dikatakan mendapat bayaran yang tinggi.
Namun begitu, tidak semua selebriti mampu bergaya mewah, tetapi tak dinafikan juga segelintir daripadanya menjadi lebih senang apabila bergelar seorang anak seni.
Contohnya di luar negara, kekayaan selebriti mereka tidak lagi menjadi rahsia, malah ada yang sudah bergelar jutawan di usia yang masih muda.
Berikut kami senaraikan antara 10 selebriti terkenal United Kingdom (UK) yang menjadi individu terkaya berusia bawah 30 tahun.
1. Ed Sheeran (30 tahun)
US$323 juta- RM1.35 bilion
Instagram @teddysphotos
Bintang popular dunia ini sudah tiga tahun berturut-turut berada dalam senarai paling terkaya. Ed Sheeran turut memecah rekod lagu paling banyak distrim di Spotify menerusi lagu Shape of You dan kutipan tertinggi tontonan siri jelajah ÷ Tour.
Selepas memenangi program realiti TV The X-Factor, kumpulan Little Mix mencatatkan rekod luar biasa apabila mampu menjual lebih 60 juta rekod. Mereka juga turut menjadi duta jenama barangan serta pempengaruh di media sosial.
Walaupun tidak sepopular Harry, Niall juga meraih kekayaan sewaktu menjadi ahli One Direction dan kemudiannya menghasilkan dua album solo. Dia turut menceburi dunia perniagaan, termasuklah melabur dalam jenama Gym+Coffee dan Modest! Golf.
Memulakan kerjaya sebagai model dan duta produk, Cara kemudiannya menceburi bidang perniagaan dan melabur dalam jenama Lora DiCarlo. Dia juga bergiat aktif sebagai pelakon di Hollywood.
Liam antara tiga ahli kumpulan One Direction yang paling kaya dan dia juga sering mempamerkan kekayaannya dengan berkongsi koleksi kereta Lamborghini miliknya.
Tidak dapat dinafikan lagi, selebriti wanita ini meraih kekayaan dengan hasil muzik dan tariannya yang membawa dia ke tangga teratas di dalam carta. Dua Lipa juga menjadi jurucakap beberapa jenama terkenal, antaranya Versace dan Yves Saint Laurent (YSL).
Walaupun menjadi individu yang pertama meninggalkan kumpulan One Direction, Zayn antara yang kurang ‘kaya’ daripada empat lagi rakan kumpulannya itu. Namun, dia pernah menghasilkan tiga album solo.
Kebanyakan hasil kekayaan penyanyi lelaki ini adalah datang daripada lagu popular Stay With Me dan konsert jelajah dunia yang mengaut lebih US$84 juta (RM351.4 juta).
Muda-muda lagi dah bergelar jutawan. Inilah dinamakan rezeki kan. Hiks! Tidak mengenal umur, kalau rajin berusaha pasti ada hasilnya. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tidak kenal dengan bintang seorang ini. Namanya kini dikenali seluruh dunia dan menjadi kegilaan ramai kerana rupa parasnya yang cantik dan bakat yang dimiliki.
Bukan paras rupa sahaja yang dipandang, setiap karyanya juga tidak pernah mengecewakan dan sering mencuri tumpuan para peminatnya.
Terbaharu, Lisa Blackpink sekali lagi tampil cemerlang mencipta rekod dalam platform muzik global apabila lagu solonya berjudul Money menjadi lagu pertama penyanyi K-Pop yang melepasi satu bilion penstriman di platform Spotify.
Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Money sebagai lagu sulung artis K-pop dan B-side pertama dengan kejayaan terbesar sepanjang zaman.
Untuk informasi, lagu berkenaan kini bersaing dengan lagu Woman nyanyian asal Doja Cat bagi kategori lagu rap artis solo wanita paling banyak distrim sepanjang zaman dalam Spotify iaitu sebanyak 1.3 billion penstriman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, anak kepada biduanita negara, Siti Aafiyah meraih perhatian ramai apabila berjaya meraih Gold Award dalam acara Euroasia Youth Music Festival 2025 yang diadakan...